Thursday, August 13, 2015

Melissa Turns 1.

Demmit. Time goes so fast. Tau-tau je dah setahun. Macam baru semalam aku menerankan si Mel keluar. Alih-alih dah setahun. Hahaha ayat-ayat klise seorang mak. Actually Mel dah setahun dua bulan pun. Tapi baru ni la aku nak update. Busy sikit. Tambah pulak dengan kemalasan aku tu. Memang tinggal berdebu la blog ni. Kadang aku kagum dengan orang yang mampu update blog hari-hari. If tak hari-hari pun, seminggu sekali. Aku ni seminggu sekali nak update pun malas. Last-last cerita semua terkubur dalam minda aku. Kadang-kadang rasa macam ish..ruginya aku tak tulis moment-moment tu semua. At least kalau aku update kat blog boleh jugak baca balik bila-bila nanti. Maklumlah, nak simpan semua dalam memori kepala aku ni, memang tak la. Dah full capacity dah ni. Nak masuk memori baru pun kena delete yang lama-lama. Sayang betul. Tapi tu la nak buat cemana kan. Nama pun dah tua. Sedor la diri sikit. Huuuu.

Ok la, back to cerita Mel. Mel punya birthday jatuh bulan puasa. Dalam seminggu puasa camtu. Jadinya celebrate pun ala kadar je la. Tapi Mel over sebab celebrate birthday dua kali. Kali pertama kat rumah Tok Wan dia kat selayang. Pastu kat rumah aku lak celebrate dengan family aku. Untung lah dapat dua kek. Walaupun sebenarnya mummy ngan ayah je lebih-lebih. Mel apa pun tak tau. Makan kek pun tak. Hahaha. Yang dia tau nak tepekkan  tangan dia kat atas kek. Heh, Mel Mel. Sabar je la.

Teman ayah beli kek. Siap beli topi ni ha. Tapi lepas tu Mel koyakkan je topi ni.

Tengok la tu, nangis pulak dia.




Ni celebrate kat rumah tok wan. Esoknya celebrate dengan nenek pulak. Mummy pulak belanja kek





Celebrate simple-simple je. Lagipun Mel kecik lagi. Bukan dia paham pun kalau aku buat birthday party besar-besaran tuk dia. Tunggu la nanti dia dah besar sket. Birthday ke 2 nnt boleh la kot. Plan nya aku ingat cam nak celebrate birthday Mel masa raya. Nak sekali kan dengan akikah and open house kononnya. Mel tak buat akikah lagi. Tapi macam tak sempat. And bajet mummy lari beli baju mummy hahahaha. Takpelah, tahun depan la insyaallah. lagipun tahun depan birthday Mel jatuh hari raya kot. Eh ke bulan puasa jugak. Lupa pulak tengok kalendar tahun depan. Tapi kalau bulan puasa pun dah hujung-hujung puasa rasanya. So just nice la kalau buat masa raya tu. Insyaallah. Akan mummy usahakan jugak nanti. Tahun ni simple-simple je dulu eh Mel.

Sempena birthday Mel yang pertama kali ni, mummy doakan Mel diberikan kesihatan yang baik, jadi anak yang baik, cerdik dan mendengar kata. Semoga Mel sentiasa dalam lindungan Allah dan dijauhkan dari segala mara bahaya. Aminnn. Happy birthday my sweet girl.

1 comment: