Friday, October 10, 2014

Ketiduran.


Budak bertuah ni boleh tido pulak dia lepas mandi pagi tadi. Pagi tadi kul 5 dia dah kejutkan mummy. Mulut tu mengomel je tak henti-henti. Tapi mummy malas nak layan. Kul 6.30 baru mummy bangun. Hihihi. Ayah mandikan Mel pagi tadi sementara mummy siap-siap. Hari ni mummy siap terus dari rumah. Tak macam selalu, siap kat rumah mak. Tengah mummy dok bersiap-siap tu, alih-alih senyap je bilik. Sekali toleh, eh dah tetido budak ni rupanya. Senang pulak dah tido. Mel ni memang macam ni. Lepas mandi senang je tido. Ade sekali hari tu takmo tido, last-last ayah mandikan je budak ni. Lepas tu baru la lena. Tapi tadi memang suprised la sebab lepas pakai baju terus tido. Tido lena pulak tu. Letak dalam carseat pun tak sedar. 


Senang sikit hati mummy hari ni sebab awak tak meronta-ronta dalam carseat tu. Kalau tak, hari-hari macam nak pergi berperang. Hari ni relax je. Hehehe. kalau hari-hari camni kan bagus. Kalau Mel behave, nanti mummy upah susu!!

1 comment:

  1. Assalamualaikum cujen, wahhh senang jaga mel ni.. Adam pernah sekali je, lepas mandi pagi dia tertidur sendiri. ahhahaha sayu pandang, sebab tak sempat nak menyusukan dia dulu. hehehheee

    ReplyDelete