Sunday, August 10, 2014

Pengalaman Bersalin [Part 3]

Ok sambung balik cerita. Lama betul nak tunggu sambungannya. Maklumlah busy beraya. Aku pun dah ingat-ingat lupa dah. Sejak dah masuk 3 series ni mudah sangat hilang ingatan. Memori dah full agaknya. Takpelah aku taip mana yang ingat je.

Lepas doctor india tu check bukaan, terus je dia cakap kat aku "ok ready ye untuk teran". Pastu dia pun ajar aku cemana nak teran. Aku pun follow je la apa yang dia suruh. Doctor tu siap cakap "ok good..good..pandai u teran". Tapi kan sebenarnya kalau korang nak tau, masa doctor tu cakap dah boleh nak teran baby, aku terus panik. Panik sebab dan dan tu jugak aku dah tak rasa pape. Aku syak, epidural tu dah berkesan sepenuhnya kat aku. Aku pun x pasti sebab epidural ke atau sebenarnya aku memang panik. Tapi aku tak rasa nak meneran pun sebenarnya. Sakit contraction pun dah tak rasa. Jadinya aku main hentam je teran. Tapi aku tak cakap pun kat doctor yang aku tak rasa pape. Masa ni doktor lelaki melayu tu dah standby nak sambut baby aku.

Dan disebabkan aku tak rasa pape masa nak meneran tu, proses nak keluarkan baby tu makan masa jugak la. Aku tak ingat bape kali aku push baby kuar masuk kuar masuk. Sebabnya nafas aku pendek. Bila aku dah tarik nafas panjang, then masa push tu, nafas dah habis. Aku punyalah la tahan nafas tak nak kasi baby termasuk balik, tapi tak berjaya. Aku ingat doctor india tu siap cakap "push..push.. banyak lagi ruang ni..baby u pun kecik je..tak payah gunting pun takpe ni sebab banyak ruang". Aku masa dengar dia cakap tak payah gunting tu, dah semangat tapi nak teran punya teran baby tak keluar-keluar.

Masa tengah kecoh-kecoh nak push tu sempat lagi aku naik angin kat laki aku. Hahaha. Sebabnya masa tu dia dok kat kepala aku. Memang hospital kerajaan doktor akan suruh husband dok kat kepala isteri soh bagi semangat kat isteri. Ye la masa teran tu, aku angkat kepala rapatkan dagu ke dada sebab aku ada baca kat mana tah kalau nak push baby nnt buat camtu. Aku pun buat la camtu, cumanya bila angkat kepala tu aku cam cepat penat so takleh nak tahan lama. Yang laki aku ni sibuk dok picit-picit tangan aku je. Geram la aku. Last-last aku marah dia "yang u ni picit-picit tangan i buat apa, pegang la kepala i..tahan kan kepala i ni". Hahaha nampak tak betapa "mithali" nya aku. Tengah bertarung nyawa sempat lagi nak marah2. Dah la baru kejap tadi mintak maaf, tak sampai sejam dah buat dosa balik. Maafkan lah dosa isterimu ini. Hehehe. Ye la aku sebenarnya dah frust jugak sebab teran-teran baby tak keluar. Rasa penat pun ada. Doctor suruh aku rest kejap, amek nafas then bila rasa contraction terus teran. Tapi aku kan dah tak rasa pape, so aku lepas rest kejap amek nafas tu, terus je aku teran. Nurse-nurse and doktor bersungguh-sungguh kasi semangat kat aku. Siap panggil laki aku soh tengok kat bawah tu sebab kepala baby dah nampak. "push lagi kuat puan, dah nampak kepala baby ni. sikit je lagi" Masa laki aku tengok kat kat bawah tu dia pun excited siap jerit-jerit "eh nampak nampak kepala baby. cepat yang, teran yang". Hamboi laki aku, senang je cakap eh. Cuba ko pulak amek alih tempat aku ni. Tengok cane.

Sampai satu tahap, aku dah bengang sangat, aku teran kuat-kuat. Dengan tak rasa pape tu, aku tarik nafas dalam-dalam, tahan, pastu teran kuat-kuat. Ikutkan memang dah tak larat dah, tapi bila fikir kalau baby takmo keluar kang tak pasal-pasal kena czer lak. Terus aku bersemangat nak teran. Akhirnya aku dengan doc cakap, "ok kepala baby dah keluar". Bila dengar doc cakap camtu bertambah-tambah la semangat aku. Laki aku pun excited gila. Bising je mulut dia suruh aku teran tak abis-abis. Bersungguh-sungguh aku teran walaupun aku tak rasa apa-apa. Kepala baby keluar pun sebenarnya aku tak rasa. Finally, tepat kul 10.02 malam, baby pun selamat keluar. Doctor terpaksa gunting jugak kat bawah tu. Tapi aku tak rasa apa-apa pun. Ah lantak la apa nak jadi pun kat bawah tu, janji baby keluar dengan selamat.

Baby keluar je terus nurse tu angkat then terus letak atas dada aku. Dan sepantas kilat jugak aku tengok nurse masukkan tiub dalam mulut baby nak kasi keluar lendir-lendir kat dalam tu. Diorang buat semua depan mata aku. Aku ingatkan kenapa la dia buat camtu rupanya tu prosedur biasa je untuk baby baru lahir. Tapi bagus jugak sebab semua dia buat depan aku dengan baby masih atas dada aku. Tapi sebenarnya masa tu aku cam mamai, macam mimpi pun ade. Masa nurse letak baby kat aku pun aku cam tak percaya je aku dah berjaya keluarkan baby. Serius weh. Kalau ko tanya sampai sekarang aku rasa semua tu macam mimpi. Semua berlaku dengan pantas. 

Memang betul2 fresh from oven ni. Keluar-keluar je terus nurse bagi kat aku.

Lepas baby dah keluar, kena keluarkan uri pulak. Tapi doctor suruh relax je masa keluarkan uri tu. Bila masa uri tu keluar pun aku tak rasa. Aku sibuk dok mengulit baby sampai aku dah tak peduli dah apa yang berlaku sekeliling aku. Hihihi. Doctor start jahit pun aku tak rasa. Tau-tau doctor cakap "puan, saya nak start jahit ye". Apa-apa je la doktor. Buat la apa doktor nak buat. Ceh, berlagak je aku, mentang-mentang tak rasa sakit. Aku sempat pesan kat doktor tu jahit cantik-cantik tau. Hahaha, Boleh tak camtu. Tapi proses jahit tu makan masa lama jugak. Dekat sejam tau. Aku sampai dah bosan gila. Siap tanya bila nak siap bila nak siap. Proses jahit lagi lama dari proses aku nak kuarkan baby. Doctor yang jahit aku tu doctor lelaki muda tu. Lepas tu doktor melayu perempuan tu datang check. Agaknya dia tengok jahitan tu cam tak kemas, siap suh bukak jahit balik. Haih, sabo je la. Nasib baik la tak rasa sakit. Kalau tak, mau meraung jugak aku. Oh ya, masa doktor nak start jahit mula2 tu, laki aku kena keluar. So dia tunggu la kat luar. 

Sementara tunggu doktor habiskan jahit tu, nurse suruh aku try susukan baby. Aku memula cam konpius "dah boleh ke nurse nak susukan, camne nak tau susu ade ke tak". Hehe, boleh tak aku tanyakan camtu. Nurse tu pun tanya "tak pernah cuba picit2 ke breast sebelum ni?" "pernah tapi tak pernah pun keluar susu. ke susu saya takde ni nurse". Then nurse tu pun try la picitkan. "see, kan ade susu tu" Ajaibnya, masa nurse tu picit, keluar la susu. Yang lagi ajaib, bila aku suakan kat baby otomatik baby pandai isap. Hebatnya ciptaan Allah kan. So itu la first time aku susukan Melissa. 

Dekat sejam lebih akhirnya siap la sume proses jahit tu semua. Laki aku pun dipanggil semula masuk dalam LR tu. Nurse pun dah amek baby tuk bersihkan. Dia buat semua dalam labour room tu. Rupanya baby just dia bersihkan pakai baby oil je. Aku ingatkan dia mandikan baby. 

Yay, baby dah wangi. Amboi, Mel kecik-kecik dah pandai wat muka garang. Ikut mummy la tu.

Yay, i'm a mother now!

Lepas dah setel semua, nurse pun datang bawak air milo ngan biskut. Memang molek sangat la tu sebab aku lapar gila. Ye la ko bayangkan dari pagi tadi aku cuma sempat makan buah mangga je. Sebelum bersalin tadi aku nak minum air nurse tak bagi. So dah lepas beranak, memang lapar gila la. Tapi tak sempat nak makan, tetiba nurse datang balik kata nak bawak gi ward dah. Huwaaa. Tak sempat nak jamah pun milo tu. Sebabnya ambulance dah sampai. Rupanya aku dihantar ke ward Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) kat presint 8 tu. Maybe ward hospital dah penuh kot. Tapi sebenarnya aku memang lagi suka dihantar ke ward PBBR tu. Kenapa? Nanti aku bagitau sebabnya kat entry lain ok. Biasanya org yang bersalin anak pertama memang diorg tak bagi ward situ. Biasa anak kedua ketiga dan takde masalah apa-apa baru diorg masukkan ke ward tu. Maybe sebab aku takde masalah kot. Tu yang diorang hantar aku ke sana.

Masa nak naik ambulance tu, nurse suruh aku naik wheelchair. Aku pulak dengan poyonya siap cakap "eh takpe..takpe saya boleh jalan" Hamboi kemain okey. Mentang-mentang tak sakit. Kuat betul kesan epidural tu kat aku. Nurse tu siap marah aku "awak tu baru lepas bersalin, takkan dah nak jalan" Hihii, sorry la nurse. Lupa pulak baru lepas beranak. So aku pun disorongkan dengan wheelchair ke ambulans. Masa lalu kat hall dewan bersalin tu, aku tengok ade 2-3 orang yang tengah menahan sakit. Maybe tengah tunggu labour room kosong kot. Masa tu aku siap senyum-senyum and gelak dalam hati. "sabar ye puan-puan semua, turn saya dah lepas. lepas ni korang pulak. merasa lah ye" Hehe. Tapi cakap dalam hati je la. 

So aku pun dibawak naik ambulans dengan sorang lagi patient dan sorg nurse. Nurse tu yang pegang baby aku. Aku tak sempat nak borak ngan org yang satu ambulans dengan aku sebab tgk dia tengah menahan sakit. Dia pun xde mood nak borak ngan aku. Aku syak dia nak bersalin anak kedua or ketiga kot sebab dia dihantar bersalin ke sana. Kat PBBR tu org yg berisiko rendah je akan dihantar bersalin ke sana. Macam aku ni, bersalin kat Putrajaya. Cuma tumpang ward je kat PBBR. Ok la daripada ditolak ke hospital serdang or kajang kan.

So gitu la cerita aku. Banyak yang aku dah ingat-ingat lupa sebenarnya. Aku memang bersyukur sangat-sangat yang segalanya dipermudahkan. Aku even masa kat ward tu aku termenung kejap memikirkan betapa Allah sayang kat aku sebab apa yang aku mintak, doa dikabulkan. Aku doa supaya baby keluar awal, alhamdulilah baby keluar seminggu awal. Aku mintak nak bersalin dengan epidural, alhamdulilah dapat. Aku mintak nak bersalin kat hospital Putrajaya pun dapat. Siap dapat wad PBBR lagi. Aku mintak supaya aku sakit bersalin tak lama, alhamdulilah dikabulkan. Hari-hari aku cakap ngan baby supaya time bersalin nanti bagi kerjasama dengan mummy dia. Jangan bagi mummy sakit lama-lama. Nampaknya baby mendengar kata, dengan izin Allah jugak. Baby pun alhamdulilah sihat dan sempurna. Nikmat apa lagi yang mampu aku dustakan. Syukur alhamdulilah je yang mampu aku cakap. Bila aku teringat time TTC dulu, masa aku dok emo2 rasa Allah tak sayang aku sebab x bagi anak kat aku, rasa malu dengan diri sendiri. Padahal semua yang ditetapkan itu ada hikmahnya. Bila dah dapat ni, baru aku sedar hikmah kenapa aku dapat anak lambat. Banyak sangat hikmah disebaliknya.

Tapi kan, sampai sekarang bila aku fikir balik pengalaman aku ni, rasa macam mimpi. Setiap kali tengok muka Melissa, aku still rasa tak percaya. Still rasa macam mimpi. Rasa cam tak percaya aku dah ada anak. Rasa tak percaya Melissa tu keluar dari perut aku.

Buah hati yang dinanti-nanti :)