Wednesday, July 16, 2014

Pengalaman Bersalin. [Part 1]

Hehe, tak sangka aku akan tulis entry pengalaman bersalin ni. Dulu dok berangan je la bila la masa nya aku akan tulis pengalaman sendiri. Asik baca pengalaman orang je. Now, dah rasa dah. Ehee. Tapi lain orang lain pengalaman nye kan.

Masa memula mengandung dulu, aku tak fikir pun pasal bersalin. Lambat lagi kan masa tu. Lagipun mabuk teruk, so takde masa nak fikir. Bila dah masuk 3rd trimester tu, baru la terfikir pasal sakit bersalin ni. Memang cuak la kalau fikir. Tak dapat bayangkan sakit bersalin tu cemana. Hari-hari aku dok google 'pengalaman bersalin' orang lain. Tak puas baca, siap tanya kawan-kawan yang dah ada pengalaman bersalin. Tapi kesimpulannya, sakit bersalin ni lain orang lain pengalaman nya. Aku nak bayangkan pun x tau cemana. Last-last kan, redho je la camne pun sakitnya huhuhu. Tapi perasaan takut tu memang mengantui diri la. Setiap hari dok fikir bebukan. Macam mana nanti kalau time nak beranak, banyak complication? Ataupun laki aku tak ampunkan dosa, nanti susah nak beranak. Atau sakit bersalin yang lama. Atau mati masa bersalin. Huwaaaa. Memacam ok dalam fikiran aku. Banyak yang negative dari positif. Tapi akhirnya nak sedapkan hati, aku fikir je bersalin ni jihad. Lagipun nak lari mana kan? Dah mengandung, mestilah kena bersalin kan. Nak takut sangat pun, akhirnya nanti aku kena hadap jugak. Takkan nak simpan baby dalam perut selamanya. Lagipun sebenarnya bila dah tak larat time pregnant, terus jadi tak sabar nak kuarkan baby. Masa tu tak fikir apa dah. Rasa takut pun hilang. Hihi.  

Ok balik pada citer pengalaman bersalin aku. Aku mula rasa sakit pada 21 Jun 2014. Seminggu awal dari due date aku. Tak sia-sia aku doa dan pujuk baby supaya keluar awal sket. Kalau nak tau, memang hari-hari aku dok ckp ngan baby soh keluar awal sket. Ade sekali tu aku siap tanya baby "bila awak nak keluar ni? mummy dah apply cuti tau. ke awak keluar 21hb? sama birthday ngan mummy 21hb". Sekali betul-betul ko baby keluar 21 hb tu. Walaupun sebenarnya aku takut nak menghadapi sakit bersalin tu, tapi sebab dah tak larat dan tak sabar nak tengok baby sendiri, plus aku dah amek cuti bersalin 2 minggu awal, so aku memang mengharap sangat dapat bersalin awal dari due date aku. Lagipun aku tak nak overdue sebab kalau overdue nanti kena induce. Orang cakap induce tu sakit, so takmolah. 

Pagi 21hb tu dalam kul 9 pagi aku dah start rasa sakit perut. Rasa cam senggugut. Aku memang setiap kali nak period, 2-3 hari sebelum period tu aku akan rasa senggugut. So rasa sakit ni sama cam rasa senggugut tu. Aku dah syak itu mmg rasa contraction sebab pernah tanya kengkawan yang skait contraction tu sama mcm rasa sakit senggugut cuma sakitnya berganda2 la dr sakit senggugut biasa tu. Tapi aku wat bodoh je la. Sambung tido. Masa tu kami laki bini tido kat bawah je. Depan TV. Pagi tu laki aku kena gi ofis sebab ade kerja. Sebelum pergi tu aku ade la bitau dia aku cam rasa sakit perut. Tapi tak pasti la rasa contraction ke apa. So aku soh je dia pegi kerja. Kalau ade pape, nanti aku call. Lepas laki aku gi ofis, aku pun sambung tido. Masa ni still rasa sakit-sakit gak. Tengahari tu aku bangun dengan rasa sakit senggugut tu makin kerap. Aku pun download la apps nak count kekerapan contranction tu walaupun sebenarnya aku tak pasti lagi pun tu sakit contraction ke apa. Nak kira cemana pun aku tak tau. Tapi kalau tengok apps tu, sakit aku tu datang 10 minit sekali. So masa ni mcm dah yakin sikit mmg sakit contraction la tu. Berdebar2 jugak la masa ni. Tapi nak kata sakit sangat tu takde lah. Still boleh tahan rasa sakit tu. So aku pun baring-baring je la tengok tv apa sume. Malas nak bangun.

Petang tu dalam kul 3 laki aku balik. Dia tanya aku sakit ke tak. Nak ajak aku gi hospital. Aku pun tak tau nak buat keputusan masa tu. Sebabnya aku still tak sure aku dah nak beranak ke apa. Lagipun aku tak nak la gi hospital awal-awal. Buatnya gi hospital, bukaan baru 1cm ke atau takde bukaan langsung, tak masal je kang kena halau balik. Lagipun aku risau sangat buatnya hospital penuh ke apa, dia tolak ke hospital lain. Takmo. Takmo. Aku nak beranak hospital Putrajaya je sebab hospital Putrajaya je boleh request epidural. Aku baca, hospital serdang ngan kajang memang tak provide epidural. Kan aku dah planing nak bersalin with epidural. So mind aku dah set. Epidural. Epidural. Aku nak tunggu sakit makin kuat baru plan nak gi hospital.

Oh, actually kan sebenarnya hari sabtu 21hb tu, kitaorang plan nak gi makan kat Alissara, Puchong. Siap dah whatsapp dalam group ajak member2 sume dinner kat Alissara. Memang dah confirm dah malam tu nak dinner Alissara kononnya. Sekali tu dalam kul 5 ptg, sakit dah rasa cam makin kuat. Terus laki aku ajak siap-siap gi hospital. Aku pun naik la atas nak mandi pe sume. Dari pagi memang tak mandi. Masa nak mandi tu, sekali tengok kat panties, ade tanda. Cam darah tapi kaler coklat-coklat. Sah, memang aku rasa sakit nak beranak rupanya. Rupanya yang aku rasa tu la tanda contraction. Terus jerit panggil laki aku. Kitaorang pun siap-siap la nak gi hospital. Masa mandi tu, aku boleh lagi gurau-gurau ngan laki aku. "hee yang, baby dah kuar. tak sabarnyaaaaa! Tapi takut!!" Siap boleh main-main ngan perut lagi. Bukan nak mintak maaf kat laki ke apa. Boleh memain pulak aku. Padahal masa tu dah sakit jugak la.

Dah siap-siap tu dalam kul 6 geraklah kami menuju ke hospital Putrajaya. Masa nak naik kereta tu aku dah rasa sakit siap soh laki aku diam kejap. Hahaha, boleh tak camtu. Bila datang rasa contraction tu, aku rasa nak marah orang pun ade. Hihi. Duduk dalam kereta pun kena slow-slow. Kali ni dah pesan kat laki aku, jangan nak panik sangat. Bawak keta slow-slow. Takmo cam aritu, sampai pecah tayar keta. Kitaorang sampai hospital dalam kul 6.15 camtu. 

Er, macam dah panjang sangat. Aku sambung next entry la eh. Hehe. Tunggu!!

1 comment:

  1. Assalamualaikum cujen, alaa nape bersambung? cepatlah update lagiii. hehehe sheila pun confuse masa sakit contraction, dah ler layan sesorang sebab tidur kat rumah mak. ahhahaha bestnya bila dah lepas beranak. tengok anak depan mata. alhamdullilah ~~~

    ReplyDelete