Wednesday, April 23, 2014

Set Berpantang & Bilik Berpantang.

Amboi kemain aku sampai nak bilik berpantang. Orang sume sibuk fikir pasal bilik baby, aku pulak nak bilik berpantang. Ala baby takyah nak bilik sangat. Setahun pertama tido dengan kitaorang je. Lepas setahun baru fikir nak deco bilik baby. Hehehe. Actually aku mula-mula tak terfikir pun pasal bilik berpantang. Tapi hari tu bila aku rasa penat nak naik tangga gi ke bilik, baru lah aku terfikir pasal bilik berpantang ni. Ye la, rumah aku kan dua tingkat. Takkan la masa berpantang tu aku nak turun naik tangga kan. Banyak tu anak tangga. Ada 18. Penat tau. Sedangkan bawak perut yang baru 7 bulan ni pun aku rasa cam mengah. Ni kan pulak masa pantang tu. Dengan nak bawak baby lagi. Ish, mau bentan kang. Pastu nanti kot la malam-malam baby bangun nak susu ke apa ke, memang letih la nak turun naik amek air panas. Takkan aku nak bawak semua benda naik atas kan. Lagipun aku nanti berpantang kat rumah sendiri je. Seminggu pertama tu boleh la laki aku tolong-tolong. Kalau dia dah kerja nanti, mati aku nak handle sorang-sorang turun naik atas. Aku pulak berpantang time bulan puasa. Peh, memang mencabar. Nak duduk rumah mak aku kang, penuh pulak rumah tu. Lagipun bulan puasa tu mak aku mesti sibuk menjahit baju tuk raya. So elok la aku berpantang kat rumah sendiri je. Insyaallah aku boleh handle. Cuma sekarang ni misi nak mengemas bilik untuk berpantang.

Bilik kat rumah aku ni memang banyak. Ada 4 bilik. Tapi satu je yang guna. Bilik bawah tu daripada kosong takde pape, sampai dah penuh dengan barang yang tah pape. Aku setiap kali tak tau nak taruk mana barang-barang, aku sumbat je dalam bilik bawah tu. Ade tu, barang dari dalam stor aku bawak keluar, pastu malas nak simpan dalam stor, aku sumbat je dalam bilik tu. Now, bilik tu dah jadi macam stor pulak. 




Tengok la tu, memacam harta karun dalam bilik tu. Perangai aku memang suka buat kerja separuh jalan. Pastu dah malas, aku bio je bersepah. Laki aku la tukang kemas. Dia pulak kalau mengemas, tak tau nak letak mana, memang bilik ni la jadi mangsa.

Bilik ni takde la besar mana. Tapi setakat nak letak katil queen, almari dengan rak ikea tu aku rasa muat je. Actually dalam fikiran aku ni dah ada bayangan dah macam mana aku nak decorate bilik ni nanti. Sekarang ni cuma kena beli katil dan tilam je untuk letak kat bilik bawah ni. Sebenarnya dah lama dah aku merengek kat laki aku nak jadikan bilik bawah ni as bilik tetamu. Senang kalau orang datang. Tapi laki aku kata takde keperluan pun. Kalau tetamu datang, bentang tilam je. Takyah nak beli katil-katil bagai. Bukan selalu pun orang datang. Laki aku sebenarnya tension sebab aku asik le nak beli katil. Kalau boleh semua bilik nak lengkap. Padahal duduk berdua je. Hahaha. Tau le la sindrom bini-bini ni. Kalau boleh rumah tu nak complete gitu. Tapi now aku dah ada alasan nak beli katil satu lagi. Aku dah aim dah satu katil kat ikea. Yang paling murah sekali kat ikea. Katil yang ni



Murah je RM199. Jadi la. Harap-harap ade la lagi katil ni kat Ikea. Jangan time aku nak beli sold out sudah. Tapi masalah skrg ni, nak beli tilam kemain mahal. Harga tilam aku survey sume 500 ke atas. Aku kalau boleh nak cari tilam rega 100 je. Hahaha, ade ke? Cheapskate betul aku ni. Ye la sekarang bukan masa tuk membazir. Selagi ada yg murah, aku akan cari yg murah dulu. Kena tgk dulu camne. Laki aku kata susah sangat bawak je set bilik tido kat bilik satu lagi yang kat atas tu ke bawah. Actually aku ada je satu set katil kat bilik satu lagi kat atas tu. Tapi aku malas nak kecah-kecah bilik atas yang aku dah kemas tu. Bilik tu cam bilik tetamu la kiranya. Amboi bape banyak bilik tetamu aku nak buat ni? Macam banyak sangat tetamu yg datang hari-hari. Tapi tengok la camne. Kalau nak jimat, elok la dengo cakap laki kan. Takpun beli katil je, tilam pinjam bilik atas punya. Hahaha. Nak jugak katil ni sebenarnya. Takpelah, kita tengok dulu cane. Nanti bilik dah siap aku share kat sini.


Now nak cerita pasal set berpantang pulak. Aku sebenarnya still blur bila fikir pasal set berpantang ni. Takde knowledge pun pasal ni. Lagipun aku tak survey sangat. Tengok sume rega cam mahal je. Lagipun tah ye ye aku guna set pantang tu sume nanti. Setakat ni aku cume survey set berpantang Air Mancur dengan Shaklee. Yang set pantang Air Mancur tu aku tengok adik aku beli. Murah pun murah. RM60 je. Aku tak kisah makan jamu-jamu ni lagipun aku memang suka bau-bau jamu n herba. Barulah rasa macam berpantang gitu.


Pinjam gambo adik aku. Aku tak beli pun lagi set berpantang ni.

Aku tengok dalam set berpantang ni macam-macam ada. Kira cam lengkap la. So takyah nak pening-pening beli asing-asing. Lagipun aku memang suka benda-benda tradisional ni.

Jamu 1 (Makan hari ke 4 hingga ke 8)
Jamu 2 (Makan hari ke 9 hingga ke 28)
Jamu 3 (Makan hari ke 29 hingga ke 38)
Param Mancur & Param Beras Kencur
Tapel
Pilis
Bedak Inti Sari
Minyak Telon Bebiku

Tapi orang cakap kalau makan jamu nanti badan panas. Effect kalau BF baby. Tengok la camne. Agak tak serasi pil jamu tu, aku makan Shaklee je. Aku pilih set Shaklee jugak sebab banyak yang aku dah ada masa aku beli set shaklee kesuburan dulu. Aku tengok Set Pantang dengan Set Kesuburan labih kurang sama je. 


Ni set berpantang Shaklee. Vita Lea, B Complex dengan Zinc tu aku dah ada. Banyak lagi tak makan pun. So tggal nak beli ESP, Ostematrix dengan Vita C je. Tengok la, minggu depan baru nak settle beli set berpantang ni. So Agen Shaklee boleh offer aku beli set pantang ni. Hihihi.

Ok tu je cerita kali ni. Untuk keperluan lain semasa pantang macam kain batik, bengkung stokin tu sume dah ada. So takyah bazir-bazir nak beli baru.


6 comments:

  1. amik Set Berpantang Shaklee jek....huhu..dah leh makan dari start hari pertama bersalin beb...huhu..aku pon agen shaklee gak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaklee tu tuk dalaman.. yg air mancur tu aku guna lebih kepada luaran..hehe

      Delete
  2. air mancur tu first time kite dgr.
    nmpak sgt mmg xbuat research btl btl psl set pantang ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, ada masa lagi nak research :)

      Delete
  3. Assalamualaikum cujen, nak beli shaklee ke? meh order dengan sheila... sheila agen shaklee. hihiiii tengah buat promosi bagi harga ahli kat preggy mom yang sheila kenal. pape awak boleh whatsapp sheila tau 017-3863474...
    sheila beli set loose item Anugerah untuk luaran, shaklee untuk dalaman. takut nak amik jamu sebab panas kan. risau baby ada jaundice nanti takleh pakai pulak.

    murah gila katil tu, sheila pun tengah usha2 rege ni.. hihiiii tilam kalau nak tahan lama, memang kena beli yang mahal punya. rabak poket oiii T___________T"

    ReplyDelete
    Replies
    1. cujen, kalau nak roger beli set pantang shaklee, contact sheila tau. hehehe singgah menabung ribena sini~~~

      Delete