Tuesday, April 22, 2014

Nama Anak.

Siapa follow blog aku CUJEN THE LEJEN tu tau la dulu aku selalu berangan nak letak nama anak apa. Even sebelum kawen pun lagi. Hehehe. Seronok bila berangan nak bagi nama anak apa bila ada anak nanti. Bila dah pregnant, lagi la excited nak menamakan anak. Tapi sekarang ni aku tengok dah macam trend kasi nama anak panjang-panjang, pastu nama mesti nak gempak. Ala-ala urban gitu. Aku takde masalah pun diorang nak letak nama anak apa. Bukan anak aku pun yang aku nak menyibuk. 

Macam aku, aku suka nama yang klasik-klasik, nama bunga atau nama yang jarang-jarang orang bagi sekarang. Ye la sekarang ni kalau tengok nama anak orang lebih kurang sama je. Nama pun jadi trend tau. Nama-nama macam Damia, Danial, Rayyan, Rayqal tu semua macam dah trend sangat. Sana sini mesti ada nama macam tu. Nanti kat sekolah nama semua sama je. Ehehehe. Aku nak lain sikit dari orang lain. Nak cari nama-nama klasik gitu.

Ikutkan aku berkenan sangat nak letak anak aku nama Raden untuk anak lelaki and Ratna untuk anak perempuan. Memang sebelum kawen pun aku dah berangan nak nama ni. Tapi bila fikir balik takkan aku nak letak Raden dan Ratna je. Mesti la ada dua perkataan kan. Baru jadi sedap. Raden Haikal ke, Raden Arjuna ke. Tapi aku laki bini memang bertekad takmo letak nama anak sampai 2-3 perkataan. Kalau boleh nak satu perkataan je. Ye la memandangkan dari atok aku dan atok belah laki aku sume nama satu perkataan je, so kitaorang decide nak meneruskan legasi ni. Hihihi. Poyo je kan. Ala, mende ni kebetulan je sebenarnya. Masa dok fikir nama-nama anak tu, kitaorang tengok balik nama mak abah and atok-atok kitaorang. Kebetulan pulak belah aku dan belah laki aku, nama dari atok sampai ke nama kitaorang, satu perkataan je. So anak-anak kitaorang pun haruslah letak satu perkataan je. Senang nak ingat, senang nak panggil nanti. 

Now laki aku kata kalau boleh nama anak nanti nak start huruf M. Sebab nama anak buah dia semua M, adik beradik and nama bapak mertua aku pun start M. So nak semua M la kiranya. Aku ikutkan je la. Tapi susah jugak sebenarnya nak cari nama start huruf M ni. Banyak tu banyak tapi banyak aku tak berkenan. Hahaha. Tapi kitaorang dah decide satu nama kalau baby girl. Untuk baby boy pun dah ada. Yang pasti nama anak aku nanti insyaallah start huruf M dan satu perkataan je. Tapi itu pun tengok jugak kesesuaian dengan baby bila dah lahir. Kadang kita berangan nak letak nama itu ini sebelum baby keluar. Nanti bila baby dah keluar, tetiba nama lain pulak. Hehehe. 

p/s: ada jugak terfikir nak namakan anak ala-ala japanese gitu. Miyuki ke Yurika ke. Tapi bila fikir balik, nama anak dah best macam japanese, tapi rupa cam jawa. Hahaha. Tak sesuai ok. Lagipun Yuki tu cam nama kucing je ;p

3 comments:

  1. xyah le nak 2-3 perkataan. satu je dah cukup. sng. name masran pon satu je. esok gi obersi sng org tau mane 1st name mane last name. ini kalo name anak 2-3 words pasti name bapak pon gitu, org komfem confuse.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cujen, hehee sheila pun malas nak letak panjang2. cukuplah yang penting depan ada nama Muhammad.. 2nd name tu nama2 yang agak oldskool tapi ada makna laaa. tak suka nama yang moden sangat. hihiii memang dah start panggil nama baby MH. hihiiii ~~~

    ReplyDelete