Tuesday, April 1, 2014

Gambar Scan Baby.

Hello!!

Alhamdulilah hari ni dah masuk 27 minggu. Seminggu lagi nak masuk 3rd trimester. Nervous campur tak sabar ni. Hehehe.

Lama betul tak update blog ni. Banyak nak cerita tapi kemalasan mengatasi segalanya. Actually aku sampai sekarang masih ada morning sickness cuma tak seteruk dulu. Masuk 2nd trimester, dah kurang tapi angin tu sampai sekarang tak hilang. Ni nak masuk 3rd trimester, dah start meloya balik. Sabar je la. 

Ok hari ni aku cuma nak share gambar-gambar scan baby. Dari setitik hitam yang tak nampak pape, sampai lah dah nampak bentuk baby. Tapi kan, sebenarnya bila tgk gambar scan baby tu, aku cam tak paham sebenarnya kedudukan baby. Ade yang macam tak jelas sangat. Masa scan tu doc ade la terangkan ni kaki dia, ni kepala, kaki kat sini, tangan kat sini. Tapi bila print, aku nampak blur je gambo tu. Haih. Takpelah, janji baby sihat kan.

21 Oktober 2013
Ni gambar first scan. Masa ni lepas kes yang aku pergi Klinik Kesihatan Presint 9 yang dia kata aku tak pregnant tu. Then tak puas hati aku buat scan kat Klinik Jameaton. Dan ini lah hasilnya. Dr buat vaginal scan. Nampak tak dot kecik atas belah kiri tu? Ha tu la dr cakap kantung baby nya. Kecik je masa ni, baru 4 minggu.


14 November 2013
3 minggu lepas tu, dari setitik dot dah jadi seketul daging.
7 minggu.


20 November 2013
Seminggu kemudian. Seketul daging semakin membersar. Ni dah 8 minggu.


25 November 2013
9 minggu pulak :)


18 Disember 2013
Sebulan lepas tu. Waaaa, dah besar. Nampak dah bentuk baby. Masa ni aku teruja sangat. 
Ni dah 12 minggu.


20 Januari 2014
Sebulan lepas tu. Makin besar dan sendat dalam perut aku. Hihi. Tapi doc scan macam ni, aku jadi tak paham nak tengok camne. Ni dah 17 minggu


1 April 2014
Ok ni yang latest. Baru buat petang tadi. Dah 27 minggu. Kejap je kan.

Masa mula-mula memang gila nak wat scan je keje. Now pergi kalau perlu je. Actually, masa minggu ke 22 aku ade buat detail scan. Tapi gambar banyak sangat sebab doc scan satu-satu. Alhamdulilah baby semua ok. Ahad ni nak buat scan 4d lak.Tak sabar nak tangok rupa baby. Ikut mummy ke ayah la nanti. Hehehe.

1 comment:

  1. Assalamualaikum awak. wahh bestnya banyak kali scan ekk. sheila baru 3 kali scan... last masa 24weeks buat scan 4D tu. hihiiii ni dah masuk 33 weeks tak pergi check langsung, sekadar tahu kepala baby dah dekat bawah... ingat 36weeks nanti nak scan last tengok kedudukan baby dengan uri sebelum bersalin. perghhh nervous gila ni ~~~

    ReplyDelete