Wednesday, April 30, 2014

Checkup 31 weeks.

Yay, dah 31 weeks. Ade dalam 9 minggu je lagi. I is tak sabar ok. Tapi dalam masa yang sama rasa takuuuuttttttt jugak. Tah cemana la rasa sakit bersalin nanti kan.

Ok cerita checkup 31 minggu ni, everything is ok. Checkup tadi nurse kata takyah amek HB sebab yang lepas punya dah cantik. Berat pun dah naik ke 50kg. Yay, happy!! Tapi kena marah ngan nurse sebab lupa nak catit pergerakan baby. Hihihi. Lupa la nurse. Lagipun baby gerak tak kira masa. Kadang-kadang tak perasan dia gerak. Tapi baby sangat la aktif. So aku pun consider baby ok je la. Janji dia ade gerak dari pagi sampai ke malam. Tapi sebenarnya penting jugak untuk catit pergarakan baby ni. Supaya kita alert dia ok ke tak. Kalau baby kurang gerak, nurse suruh cepat-cepat gi hospital. Ok nurse, lepas ni janji saya catit pergerakan baby ok. Lagi satu, nurse takde mention pun pasal kena minum air gula. Harap-harap la aku tak kena minum. Tengok org post entry pasal air gula, aku lak rasa nak muntah. Macam dah terasa-rasa kat tekak ni, dia punya pekat rasa gula tu. Euwwwww!

So next checkup lagi 2 minggu. Now aku rasa dah tiba masa aku lengkapkan segala keperluan baby. Memandangkan esok cuti, ingat nak gi beli apa yang tak cukup lagi. Then hujung minggu ni nak basuh baju baby and packing barang nak ke hopsital. Mana la tau baby nak kuar awal kan. Takde la aku kelam kabut. Orang lain makin nak dekat bersalin, makin rancak buat persiapan. Aku pulak, makin dekat makin malas jadinya. Nak buat apa pun malas. Nasib la barang baby banyak dah beli. Kalau aku tunggu cakap org, 7/8 bulan pregnant baru nak beli, haruslah kelam kabut dibuatnya. Dah la sekarang ni jalan sket, rasa penat. Kadang-kadang banyak jalan pun, buat perut sakit. Aku lagi selesa terbongkang je kat rumah. Hihihi. Tapi minggu ni kena gagahkan jugak setelkan apa yang patut.

Bilik untuk aku berpantang pun dah siap kemas. Tinggal nak beli katil je. Gigih ok hari isnin lepas aku laki bini mengemas bilik tu. Bila dah siap-siap kemas, tetiba aku rasa cam sempit pulak nak masukkan katil size queen. So ingat nak beli katil single sebab aku pun dah beli baby cot. So baby boleh letak dalam baby cot. Cumanya, katil single kat ikea tu takde stok pulak. Uwaaaaaa. Stresss mak dibuatnya. Takpelah, hal katil tu kemudian kira. Kalau dah takde sangat, tak payah katil-katil pun takpe. Bentang tilam sudah. Bukan nak duduk lama pun kat bawah tu. Gambar bilik nanti aku share bila dah siap sepenuhnya. Sekarang ni share gambar mak buyung je. 


31 weeks ^_^

4 comments:

  1. Assalamualaikum cujen, keciknya perut! macam saing perut sheila pula.. hehehe sheila tinggal 4 minggu lagi je babe. sangat nervous. doakan sheila. ehhh sheila remind lagi kalau nak beli set pantang shaklee, jangan lupa roger tau. hari ni last day kita kerja... pape boleh whatsapp sheila terus. hihi take care mommy ~~~

    ReplyDelete
  2. bestnya... body maintain.. senang nk jaga pas pantang ni..

    ReplyDelete
  3. alahai badan mcm xnaik pun..sng nak maintain lepas bersalin ni...kite plak shape dah xde T__T ..berat pun naik mendadak...bertabah la diet blik lepas brsalin nanti..

    ReplyDelete
  4. alahaiii omeinya 32w.bagusnya badan x naik.hai salam kenal dr rara.
    eh checking pergerakan baby tu mmg penting taw.jgn skip k.hehe

    ReplyDelete