Wednesday, April 16, 2014

Checkup 29 weeks.

Kali ni checkup tukar waktu pagi pulak. Selalu aku amek time petang. Tapi last checkup bulan lepas nurse tukar pagi. Maybe sebab pagi tak ramai orang kot. Memang tak ramai pun. Checkup kat Klinik Kesihatan Presint 11 ni memang best sebab pantas dan cekap. Cuma tadi patutnya appointment kul 8.30 tapi aku sampai kul 9.30. Hehehe. Biasalah, mak buyung ni susah beno nak bangun pagi. Dok golek-golek atas katil tu. Pakkal le ada chekcup, kalau tak mau sambung MC. 


So ini la hasil checkup di minggu ke 29. Macam biasa, masalah aku adalah berat badan yang tak naik-naik. Last checkup berat aku 48.9. Hari ni chekcup berat turun sikit 48.6. Haish, dalam sebulan ni takkan le tak naik langsung. Bukan nurse je risau, aku pun risau jugak ni. Pastu nurse ukur perut pun dia kata perut aku cam tak membesar je dr last chekcup hari tu. Statik je 25cm. Dengan berat tak naik, perut kecik, aku pun risau jugak kalau baby dalam perut ni tak membesar. Merajuk ke nak? Sebab mummy hari-hari dok bebel tak larat, nak beranak cepat. Tah-tah baby merajuk agaknya. Alahai, sorry le sayang, mummy bukan salahkan awak, cuma tau le mummy awak ni memang bukan mahkluk yang penyabar. Hehehe. Harap-harap awak esok jangan ikut perangai buruk ni ok. 

Tapi alhamdulilah jugak, sepanjang pregnant ni aku takde masalah lain. Selain dari alahan dan masalah berat tak naik, yang lain semua ok. Gula, HB, darah semua ok. Setakat ni belum kena minum air gula lagi. Enjek kancing gigi dah setel. Dua kali kena. Nasib baik la aku ni jenis kena tahan cucuk. So takat injek-injek amek darah ke sume aku cool aje. Cuma masalah alahan je aku jadi tak cool. Terus jadi hot. Hehehe. Takpe lah, sabar je, bukan lama pun lagi kan. Esok baby dah keluar rindu pulak nak ade baby dalam perut. Mesti rindu baby kicking and baby movement. Now baby movement makin aktif. Kadang boleh rasa dengan jelas dia bergerak dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Kejap bawah, kejap atas. Baby kicking pun makin kerap. Sampai geli-geli perut aku dibuatnya. Kadang tu kalau aku baring mengiring ke kiri atau kenan, mesti baby tendang laju-laju. Maybe dia tak selesa sebab terhimpit kot. Bila baring terlentang baru dia ok. Kadang aku saja je dengki, biar dia terhimpit. Hihihi. 

Tadi nurse tanya, barang baby dah beli ke? Aku cakap dah beli sikit-skit. Sekali nurse cakap, eh mana boleh siikit-sikit dah sekarang ni. Dah kena beli banyak ni. Baby 36 minggu dah matang tau. Nanti tak sempat nak beli. Waaaa bersinar mata aku dengar 36 minggu baby dah matang. Means baby dah boleh keluar la kan 36 minggu tu. Aku kira ada masa 6 minggu je lagi. Waaa, tak sabar pulak. Hihi. Macam la baby nak keluar time tu. Sekali dia bertahan dok dalam tu sampai 40 weeks, pengsan la aku. Tapi takpelah, mana-mana je la. Janji baby sihat dan deliver dengan selamat nya nanti. Insyaallah.

After this, chekcup dah kena every 2 weeks. Hmm, harap-harap checkup lepas ni berat badan naik la hendaknya. Dan semoga aku diberi kesihatan yang baik sampai la time nak bersalin nanti. Baby pun, semoga awak baik-baik aje kat dalam tu ok.


p/s: Nama MO yang check aku kat Klinik tadi Melissa. Wink wink. Kebetulan pula ye. ^_^

2 comments:

  1. skang takde masalag pon kene minum air gule ye. polisi baru. semua yg 25tahun ke ataa wajib buat MGTT tu. nanti kau rase laa azabnye hih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. sheila tinggal 2weeks je nak masuk 36weeks. nervous tapi tak sabar sebenarnya! aah 36weeks baby punya paru2 dah matang, so boleh lahir bila2 masa. Allahuakbar, tak sabarnya. Doakan sheila bersalin dengan selamat ye. heeee. sheila minggu lepas baru siap beli semua barang baby.. hehehhee. Lega, tinggal tunggu baby keluar je. Ehh awat kurus sangat mak buyong ni? sheila dah naik 10 kg tau sepanjang 34weeks mengandung ni. Cuma skrg je dah tak berapa nak naik kg sangat, hihiii hujung pregnancy badan stop growing, baby pun sama....

    Singgah menabung michelin sini~~~

    ReplyDelete