Thursday, April 17, 2014

Birth Planning : Epidural.

Aku dah lama survey keperluan epidural ni masa nak bersalin. Sebelum mengandung aku dah baca keburukan dan kelebihan epidural ni. Macam aku, memang planning nak bersalin normal dan of course with epidural la. Sebabnya aku takut aku ni jenis yang tak tahan sakit, takut kang meroyan pulak dalam wad bersalin tu. Hihihi. Mabuk mengandung pun aku dah hampir nak putus asa, ni kan pulak sakit bersalin. Tah cemana la keadaan aku agaknya. Lagipun sekarang ni memang Dr banyak suggestkan untuk amek epidural lebih-lebih lagi kalau bersalin anak pertama supaya tenaga tak habis masa contraction, nanti nak push dah takde tenaga. Ye la, biasa anak pertama ni, bukaan serviks tu lambat sikit. 

Tapi setiap kali aku cakap nak bersalin normal with epidural, mesti ramai yang bagi reaksi negatif. Kebanyakan nya memang menentang habis-habisan la sebab katanya kalau amek epidural ni banyak kesan negatif macam sakit pinggang la, sakit tulang belakang la, kesan masa tua nanti etc. Tapi kan kebanyakannya yang menentang ni, semua tak amek epidural pun. Banyak yang cakap melalui pengalaman kawan-kawan, jiran, makcik. Bukan pengalaman sendiri pun. Tapi beria-ia sangat tak bagi aku amek epidural ni. Ada yang siap cakap lagi buat apa nak melawan fitrah, dah memang sakit bersalin tu sakit, so rasain la kesakitannya. Gituuuuu! Tapi kata aku pulak, tak baik kufur nikmat. Dah ada teknologi dan ubat yang boleh kurangkan rasa sakit bersalin tu, so kita gunakan la nikmat tu ye dak? Hihihi. Tapi aku tau mesti ramai yang tak setuju dengan statement aku kan? Nak-nak ibu-ibu yang dah berjaya bersalin normal without apa-apa ubat termasuk epidural. Mesti korang dah rasa hebat kan? Mesti korang pandang rendah je kat ibu-ibu yang bersalin dengan epidural ni. Takpelah, itu bahagian masing-masing sebenarnya. Aku ni pun hanya merancang je, yang tentukan nanti Allah swt jugak. Bergantung pada rezeki masing-masing jugak.

Macam kes adik aku hari tu. Dia pun plan nak bersalin with epidural. Tapi malangnya takde rezeki dia sebab masa sampai hospital bukaan serviks dah 3cm. Bila time Dr nak bagi epidural tu, bukaan dah 6cm, so tak boleh bagi epidural. Dr kata kalau bukaan dah lebih 6cm, bagi epidural pun takde makna dah sebab tak memberi kesan pun nanti. So merasa la adik aku sakit beranak yang sebenarnya. Dah itu bahagian dia. Aku esok pun tak tau macam mana. Kita hanya boleh merancang, Allah jugak yang tentukan :). Apa pun aku cuma berharap proses kelahiran tu nanti berjalan dengan lancar dan aku dengan baby selamat dan sihat. Tak kisah la macam mana kaedahnya pun kan. 

Kat bawah ni aku nak share artikel-artikel dan pengalaman orang yang pernah bersalin with epidural. Kebanyakan yang dah merasa pengalaman bersalin dengan epidural ni, mesti suggest soh amek. Jarang la yang cakap supaya jangan amek. Korang boleh la baca kalau rajin.









4 comments:

  1. ramai je doc yg suggest amek epidural...sebab nk cepatkan bukaan... tapi ntah la...kite pun xde pengalaman lagi...melalui pembacaan je la semuanya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cujen, sheila taktahu la camne nak bersalin. pasrah dan redha je kat labour room nanti. asalkan baby dengan sheila selamat, sudah memadai. heee singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  3. salam..nk share xperience psl epidural..
    masa anak 1st, bukaan sy lambat..dh 24jam baru 2cm..sakit dh mcm nk bsalin sgt2..
    so doc suggest amik epi..at the same time kena induced..
    ms tu doc ckp if amik epi ms kn induced bukaan Insya Allah cepat..
    mmg betul sbb doc jangka bsalin kul4-5ptg..
    sy kn induce kul 10..kul 1.33 dh bsalin...utk 1st anak saya rasa xsalah amik epidural..kita tenang..xsakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for sharing ur experience. Harap-harap ada la rezeki nak dapat epidural nanti. Hihi. Seram sejuk memikirkan keadaan di LR nanti.

      Delete