Tuesday, February 11, 2014

Bonjolan Kegembiraan

Semalam kan, masa tengah baring-baring sementara tunggu maghrib aku saje-saje pegang perut aku. Memang habit aku sekarang kalau baring je rajin usap-usap perut sebab baby biasanya aktif masa aku tengah rehat-rehat macam tu. Sekali kan, masa tengah usap-usap tu tetiba aku terpegang sesuatu yang amat keras kat perut aku. Dekat-dekat dengan pusat. Memang keras dan boleh rasa dengan jelas ada satu bonjolan kat situ. Terus aku terjerit sebab excited sangat. Memang boleh rasa dengan jelas dia menonjol kat situ. Tak pasti la tu apa, kepala ke, lutut dia ke, siku dia ke. Tapi aku memang teruja nak gile hampir-hampir nak nangis. Hahahaha. Tah pape tah. Sempat jugak la suruh laki aku pegang sekali. Dia pun sempat rasa. Teruja la kami berdua laki bini masa tu. Hihihi.

Ade la dalam berapa minit terasa bonjolan tu. Lepas tu dia hilang dah. Agaknya dia dah pusing kot. Mummy asik kaco je. Sian dia. Asal dia terbonjol je, mesti aku sibuk2 tekan perut aku. Sorry baby, mummy excited lebih. Biasalah first time kan. Korang pernah tak rasa bonjolan-bonjolan macam ni? 

Bila la nak dapat bonjolan macam ni. hihihi. 

No comments:

Post a Comment