Tuesday, February 11, 2014

Bonjolan Kegembiraan

Semalam kan, masa tengah baring-baring sementara tunggu maghrib aku saje-saje pegang perut aku. Memang habit aku sekarang kalau baring je rajin usap-usap perut sebab baby biasanya aktif masa aku tengah rehat-rehat macam tu. Sekali kan, masa tengah usap-usap tu tetiba aku terpegang sesuatu yang amat keras kat perut aku. Dekat-dekat dengan pusat. Memang keras dan boleh rasa dengan jelas ada satu bonjolan kat situ. Terus aku terjerit sebab excited sangat. Memang boleh rasa dengan jelas dia menonjol kat situ. Tak pasti la tu apa, kepala ke, lutut dia ke, siku dia ke. Tapi aku memang teruja nak gile hampir-hampir nak nangis. Hahahaha. Tah pape tah. Sempat jugak la suruh laki aku pegang sekali. Dia pun sempat rasa. Teruja la kami berdua laki bini masa tu. Hihihi.

Ade la dalam berapa minit terasa bonjolan tu. Lepas tu dia hilang dah. Agaknya dia dah pusing kot. Mummy asik kaco je. Sian dia. Asal dia terbonjol je, mesti aku sibuk2 tekan perut aku. Sorry baby, mummy excited lebih. Biasalah first time kan. Korang pernah tak rasa bonjolan-bonjolan macam ni? 

Bila la nak dapat bonjolan macam ni. hihihi. 

Monday, February 10, 2014

Pregnancy Update #week19





Ni gambar-gambar sepanjang tempoh minggu 19 mengandung. Sorry la mummy over expose. Nanti dah ade baby, baby la pulak enterframe kat sini. Hihihi. 

Ok cerita di minggu ke 19 ni, tiba-tiba morning sickness aku kembali menyerang. Setelah hampir dua minggu aku cam dah ok sket, tetiba minggu ni datang balik alahan tu. Yang aku pelik tu, time aku pergi office je mula lah rasa nak muntah. Pelik betul. Hari Selasa start keje lepas cuti Hari Wilayah tu, aku dah start rasa meloya. Then rabu aku cuti. Pastu khamis tu keje. Aku muntah dengan jayanya kat opis. Nasib baik sempat pergi tandas. Padahal pagi tu aku cuma makan biskut wafer 3 keping, minum nescafe seteguk pastu sunquick oren secawan. Start dari tu, terus angin aku yang teruk tu datang balik. Rasa loya pun datang balik. Sebelum ni dah ok sikit tak rasa meloya sangat. Tengahari tu jugak aku balik rumah. Handbag sume tinggal opis. Aku bawak balik wallet dengan henpon je. Petang tu tak masuk office, then Jumaat tu tak kerja. Bila datang angin tu, memang aku tak peduli dah semua. Rasa nak baring je kat rumah. Melepek la kat rumah sampai hari Sabtu. Petang ahad semalam je baru aku rasa ok. Harap-harap terus ok la lepas ni. Letih la dah masuk 20 week pun masih alahan. Aku dah terbayang alahan ni sampai 9 bulan. OH NOOOOOOO!

Tapi yang bestnya, minggu ni jugak aku dapat rasa pergerakan baby yang kuat. Memang aktif sangat dia dalam perut aku tu. Ada satu masa tu macam tak berhenti lak dia berjoget kat dalam tu dari pagi sampai petang. Aku cam dah risau jugak. Aktif sangat baby ni sebab aku tak makan ke apa. Masa hari muntah-muntah tu, aku memang tak makan pape dua hari. Rasa bersalah jugak kat baby, tapi tekak memang dah boleh nak terima. Harap-harap baby ok la. 

Dulu aku selalu tertanya-tanya, macam mana la perasaan bila dapat rasa pergerakan baby dalam perut. Bila dah rasa, ohh..macam ni rupanya. Hihihi. Ok aku tak tau nak gambarkan perasaan tu dengan perkataan, tapi rasa cam seronok la. Aku bukan jenis yang sentimental sangat sampai nangis atau mengalir air mata masa rasa tu. Cuma rasa bersyukur dan rasa cam pelik sket sebab ada benda bergerak-gerak dalam perut dan setiap kali aku rasa pergerakan baby, aku akan doakan jugak kawan-kawan TTC yang lain akan dapat rasa jugak apa yang aku rasa masa tu. Insyallah. 

Kadang-kadang tu kan, kalau kuat sangat baby gerak, sampai timbul-timbul perut aku. Biasanya baby aktif masa aku nak tido. Agaknya maybe masa tu kita dalam keadaan relax, so dapat rasa pergerakan tu dengan jelas. Kalau time berjalan ke, buat kerja ke tak ketara sangat. Rasa tetap rasa cuma tak kuat sangat. Kalau baby gerak kuat, rasa nak terkucil pun ade. Hehehe. 

Cerita pasal barang baby pulak, aku dah terbeli 3 helai baju baby. Hihihi. Itupun sebab belikan baju tuk anak buah baru, pastu tengok baju tu comel dan murah terus aku beli jugak tuk baby aku. Awal lagi sebenarnya tapi takpelah, sikit-sikit. Actually aku memang blur nak beli barang baby, tak tau nak start dari mana. Tapi minggu lepas saje jalan-jalan ngan laki aku masuk kedai baby, so dah nampak gambaran sikit-sikit apa nak beli dan apa yang kena beli dulu. Kalau tak sebelum ni, manjang aku blur je. Bila dah survey-survey pastu tengok pulak barang-barang adik aku yang baru beranak tu, so aku dah tau sikit-sikit. Tunggu la bulan 4 baru nak start beli kot. Now, kumpul duit je dulu. Tapi kalau jalan-jalan terjumpa baju yang murah, rasanya aku akan beli je. Cuma barang keperluan lain tu, tunggu dah masuk 7 bulan baru nak membeli. Harap-harap masa tu larat la nak berjalan sana sini. 

Plannya hujung minggu ni nak buat detail scan. Dah call Klinik Jameaton wat appointment. Tak sabar pulak rasanya. Nanti aku update kat sini ye.