Monday, January 27, 2014

Pregnancy Update #week18

My 18 weeks pregnancy photo ;





  • Dah 18 week, 2 days
  • Baby dah besar size sweet potato.
  • Baby bump dah mula kelihatan walaupun ada orang kata kecik. Nak wat cemana, mummy nye pun kecik je orang nya. 
  • Morning sickness beransur hilang. Sejak khamis lepas, dah takde muntah or rasa loya.
  • Masalah angin masih tak hilang. Kena makan sikit-sikit je. Perut tak boleh penuh.
  • Energy level bertambah baik. Rasa lagi cergas dan dah mampu kemas rumah dan berjalan sana sini.
  • Berat badan naik sikit je. Dalam sekilo je kot. Hehehe. Untung tak boleh makan banyak, so boleh kawal berat badan walaupun aku kadang-kadang lapo gila. 
  • Walaupun badan tak naik, tapi kebanyakan baju dan seluar memang dah tak selesa nak pakai. Jeans memang dah lama aku tak pakai. Kat rumah pakai seluar tido je. Gi kerja pun kena pakai long dress je. Rasa tak selesa ada getah or apa-apa kat pinggang dan perut. Suka rasa lapang je. Baju pun dah tak suka pakai ketat-ketat. Baju yang loose² aje aku pakai.
  • Maternity clothes masih belum ada lagi. Tunggu perut besar baru beli kot.
  • Strech mark lom ada lagi.
  • Dah mula start sakit pinggang dan punggung. Actually dah mula rasa sakit masa minggu ke 15. Serius sakit kat punggung belah kanan. Kadang tu silap gerak sket, sakit cam mencengkam dan menarik² gitu. Tapi boleh tahan lagi.
  • Jalan dah mula macam siput walaupun perut tak besar lagi. Maybe sebab sakit punggung kot. So terpaksa jalan slow-slow macam gaya orang dah 8 bulan je. Pastu jalan pun cam kengkang sket. Memang normal eh time pregnant? Kelakar pulak rasanya. Sebab kalau orang tak tau aku pregnant, mesti dia ingat aku kengkang.
  • Tido : Aku memang ada masalah tido start awal-awal pregnant lagi. Kadang-kadang sampai kul 3 pagi pun susah nak lelap. Nak cakap nyenyak tido tu, memang takde la sepanjang pregnancy ni. Ade la kot dalam 3-4 kali aku nyenyak tido. Selalunya memang susah nak tido. Nak cari posisi selesa nak tido pun susah. Dah takde la tido nak berpelukan laki bini. Laki aku peluk bantal, aku pun peluk bantal. Peluk bantal lagi selesa dari peluk orang. Hihihi.
  • Baby Movement : Ok, aku dah start rasa macam ade something kat perut masa 17 weeks. Rasa macam ada gelombang or entah lah tak tau nak cakap macam mana. Masa tu aku dah syak dah macam baby gerak. Tapi tak bape konfiden sangat. Paling kerap rasa time baring nak tido. Ade satu malam tu, tak silap Jumaat malam, aku soh Masran pegang perut aku. Sekali dia pun rasa gelombang kat perut aku tu. Memang jelas la rasanya sampai dia pun leh rasa. Excited gile dia sampai terjerit sket. Hahahaha. So aku rasa memang betul la kot tu la baby movement. Nak kata dia kicking macam belum lagi. Cuma gerak-gerak tu dah rasa. Kadang rasa bila dia gerak tu rasa cam nak terkencing sket pun ada. 

Monthly checkup dah buat masa 17 weeks hari tu. Alhamdulilah semua ok. Aku checkup kat Klinik Kesihatan Presint 11. Ok la kat situ, takyah tunggu lama-lama. Kejap je dah setel. Before monthly checkup kat Klinik Kesihatan hari Rabu lepas, aku pergi scan kat Klinik Jamaeton hari Isnin tu. Saja je rasa rindu nak tengok baby. Last scan bulan lepas masa monthly checkup kat KK P11 tu. Masa tu dia scan untuk tentukan tarikh due aku je. Tapi aku pelik le kenapa setiap kali scan kedudukan baby aku tak macam ni.

Ni gambar google je, bukan baby aku.

Baby aku cam telangkup macam tu. Ke memang kedudukan baby camtu. Dr Jameaton tu cakap, baby tu mcm bersujud. Boleh tak aku tak puas hati sebab aku rasa macam tak jelas. Hahaha. Nanti aku tunjuk gambar-gambar scan. Tertinggal pulak kat rumah. Tapi takpe, yang penting Dr cakap baby sihat. Suka aku gi scan kat Klinik Jameaton ni. Dr Jameaton ni baik sangat orangnya. Apa yang kitaorang tanya ke dia jawab je walaupun soalan tah hape-hape. Biasanya yang suka bertanya ni laki aku la. Biasalah dia, curious dan excited lebih. Setakat ni pergi checkup ke apa memang aku angkut laki aku. Tak kuasa nak pergi sorang. Buat anak sama-sama, jadi checkup ke apa ke, kena la sama-sama jugak. Tapi biasanya Masran memang rajin je follow. Lagi la kalau pergi scan. Excited sangat. Mengalahkan aku. Hihi.

Dr cakap dah boleh buat detail scan lagi 2 minggu tapi aku ingat nak sekali kan je dengan 4d scan. 4D scan Dr kata tunggu minggu ke 25 ke atas. Lambat pulak rasanya nak tunggu. Aku cam tak menyabo. Boleh?