Friday, October 24, 2014

Like Mother Like Daughter.


Semalam upload gambar ni kat facebook ramai yang cakap muka Mel macam muka Mummy. Hihihi. Tang mana tu yang ikut mummy tu? Selalu yang mummy dengar mesti org cakap ikut muka ayah dia. Hehe tak kisah la ikut muka siapa. Dah nama pun anak mummy ngan ayah, mesti la ada iras2 kan. Kot tiba-tiba anak mummy ni ade rupa Neelofa kang, orang pelik pulak. 

Semalam pakai baju baru tu yang beria nak amek gambar. Sejak Acik ko ni jadi tokey baju ni Mel, mummy asik la beli baju Mel. Huwaaaaaa.Tak boleh tahan tengok baju sume comel-comel. Korang yang tercari-cari baju yang comel-comel sleepsuits yang lawa-lawa tu, boleh la follow Instagram baby_adastyle. Sumpah baju sume cecantik. Baju ni pre order from UK tau. Tapi don't worry, pre order tak lama. Seminggu je. Dah dapat baju nanti konpem korang senyum lebar je. Cam aku. Hihihi. Headband Mel pakai tu headband yang mummy beli borong ari tu. Tapi mummy dah cabut bunga nya, sebab beso nak mampus. Dah macam pinggan atas kepala je. Hahaha. Nasib baik bunga boleh tanggal, kalau tak kesian Mel kena usung pokok bunga atas kepala. Kikikiki.

Monday, October 13, 2014

Perkembangan Mel 3 Bulan.



Hari ni budak cinonet ni dah 3 bulan 3 minggu atau bersamaan dengan 113 hari. Haih, kejap je dah 3 bulan. Nanti pejam celik pejam celik dah 3 tahun, 13 tahun. Huwaaaa, jangan la cepat besar sangat Mel. Tak puas lagi nak gomol-gomol. Hehe. 

# Setiap hari ada je perkembangan terbaru Mel. Yang paling latest ni dah pandai meniarap. Since dapat je meniarap hari tu, now pantang baringkan je mesti dah terlingkup. Nak pakai kan pampers pun susah dah skrg. Tapi yang geram tu, lepas je meniarap mesti dia merengek-rengek. Tak paham la mummy. Bila baringkan balik, cepat je dia pusing semula. Pastu nangis. Penat kot. Mengada je Mel ni. Pandai meniarap je, nak baring balik tak reti. Tu yang nangis mintak pertolongan mummy tu. Tapi kadang mummy biar je. Hihi. 


Kejap je gelak ni. Pastu nangis mintak di angkat.


# Sekarang ni pun dah pandai main-main dengan tangan dia. Dah mula nak fokus. Kadang mummy tengok Mel perati je tangan dia. Dok kira-kira jari kot. Tangan pun dah pandai masuk mulut. Keje dia skrg asik la makan penumbuk je. Habis basah-basah jari tu dia kemam. Pastu asik la nak mancako muka mummy. Dah la kuku cepat panjang. Kalau menetek skrg, tangan tu tak reti diam. Kejap dia ramas, kejap dia cako, tarik rambut. Nasib baik la rambut mummy dah pendek.



# Mel ni suka borak. Kalau borak tu bukan main kuat suara dia. Tah apa la nak di adu nya tu. Pagi-pagi kalau dia dah bangun, memang bising la mulut dia membebel tah apa-apa. Selagi mummy or ayah tak bangun layan dia, selagi tu la dia bising. Peramah ni ikut perangai ayah la ni. Kalau ikut mummy jenis berat mulut. Hihihi. 

# Yang paling best skrg ni Mel dah ada patten tido. Malam dah takde masalah tak tido macam masa mula-mula dulu. Siang je kadang susah nak tido. Kalau nak tido siang, kena masuk buai. Kalau tak buai, memang 10 minit je la dia tido. Pastu dah terjaga. Tapi malam, tak payah buai. Mel dah pandai tido sendiri. Tapi sebelum tu haruslah nenen dulu. Kalau tak nenen, memang susah nak tido. Terkebil-kebil biji mata padahal dah ngantuk. Tapi pas dapat 'ganja' dia, terus terlentok. Tido pulak mesti terkangkang dan ternganga. Ikut perangai ayah. Hahaha



# Dah pandai merajuk sekarang. Pastu pandai buat-buat nangis. Padahal dia bukan nak nangis sangat. Tapi saje je nak tarik perhatian. Nangis pura-pura gitu. Then kalau dapat tetek lepas nangis tu, mesti merengek-rengek. Sambil tetek, sambil mulut pun merengek-rengek. Cam sedih sangat je gayanya.

# Dah pandai ketawa mengekek-ngekek kalau di agah. 



# Yang paling latest, semalam bawak gi shopping mall Mel sangat behave. Takde pun nangis meronta-ronta mintak tetek. Mummy dah siap susukan Mel dalam kereta. Then Mel diam je dalam stroller. Pastu tetido.



# Suka tengok orang. Semalam masa kuar jalan-jalan, Mel asik la perati orang lalu lalang. Siap jeling-jeling lagi. Hahaha (yang ni ikut perangai mummy). Rasanya Mel ni dah mula nak kenal org sbb dia macam dah kenal mummy dia. Kadang aku lalu depan dia, dia tengok je. Pastu merengek. Kalau dengar suara pun dah mula mencari-cari.


Hehe, banyak lagi la perkembangan Mel kalau nak citer. Semua baby pun akan tunjuk perkembangan yang sama. Cepat atau lambat je. Aku rasa kagum pulak tengok dari baby yang tak tau apa-apa, pastu slow-slow tunjuk perkembangan diri. Seronok la dapat tengok perkembangan anak sendiri depan mata. Teruja nak tunggu Mel dah pandai merangkak, berjalan dah pandai makan. But at this moment, aku enjoy every single things perkembangan Mel. Kalau boleh tak nak terlepas satu pun. 

 Pandai posing dah. Tau je orang nak snap gambar dia.


Friday, October 10, 2014

Ketiduran.


Budak bertuah ni boleh tido pulak dia lepas mandi pagi tadi. Pagi tadi kul 5 dia dah kejutkan mummy. Mulut tu mengomel je tak henti-henti. Tapi mummy malas nak layan. Kul 6.30 baru mummy bangun. Hihihi. Ayah mandikan Mel pagi tadi sementara mummy siap-siap. Hari ni mummy siap terus dari rumah. Tak macam selalu, siap kat rumah mak. Tengah mummy dok bersiap-siap tu, alih-alih senyap je bilik. Sekali toleh, eh dah tetido budak ni rupanya. Senang pulak dah tido. Mel ni memang macam ni. Lepas mandi senang je tido. Ade sekali hari tu takmo tido, last-last ayah mandikan je budak ni. Lepas tu baru la lena. Tapi tadi memang suprised la sebab lepas pakai baju terus tido. Tido lena pulak tu. Letak dalam carseat pun tak sedar. 


Senang sikit hati mummy hari ni sebab awak tak meronta-ronta dalam carseat tu. Kalau tak, hari-hari macam nak pergi berperang. Hari ni relax je. Hehehe. kalau hari-hari camni kan bagus. Kalau Mel behave, nanti mummy upah susu!!

Tuesday, October 7, 2014

Yay, dah berjaya pusing.

Setelah berhari-hari berhempas pulak, akhirnya semalam 6 Oktober 2014, jam 5.10 ptg berjaya jugak Mel meniarap. Tu pun tah percubaan kali ke berapa tah. Ada masa bila nak pusing tak berjaya, mengamuk-ngamuk marah. Hahaha. Menurun perangai Mummy nampaknya. Semalam, lepas berak tak sempat nak pakai pampers lagi, alih-alih tengok dah tertonggeng anak mummy. Lepas tu nangis sebab tangan tersepit bawah perut. Haiyaaaa. Mummy sempat snap gambar dulu sebelum datang menyelamatkan Mel. Hihihi.

Syabas anak mummy! 
(Gambar censored sebab cekci sangat)

Tuesday, September 30, 2014

Melissa : Angry Face vs Smiling Face

 Amboi, garangnyaaaaa!




 Muka ala sinyummmmmm.



Ada-ada je la anak mummy ni. Kalau mood baik, senyum je. Kalau bad mood, amboi muka tu. Nak lawan mummy ke apa. Hahaha.

Friday, September 26, 2014

Mel Dah Tak Nangis Semalam.





Amboi, mengadanya muka tu. Cubit kang!

Alhamdulilah, ini budak banyak baik woo malam tadi. Tak nangis pun. Lega hati aku. Risau jugak kalau-kalau dia melalak macam malam sebelum-sebelum tu. Aku memang dah standby dah fizikal dan mental kalau dia nangis lagi. Tapi, alhamdulilah elok pulak dia malam tadi. Nangis sikit-sikit je. Lepas dapat nenen diam la. Alih-alih tengok dah tertido. Yay. Mummy is happy. Malam pun takde merengek mintak nenen. Dapat la mummy tido lena sket. Hehehe. Tq Mel!

Pagi ni mummy pergi kerja pun awak tak bangun lagi. Amboi, sayang betul ye nak bukak mata sepet awak tu. Mummy gerak-gerak pun awak bo layan. Acah-acah je nak bangun. Rupanya tido balik. Sabo je la. Takpe, hari ni rehat panjang. Nanti tengahari mummy balik ye. Hari ni ayah dah habis kursus. Boleh la kita balik rumah. Seminggu mummy tinggalkan rumah tu. Tah apa jadi la agaknya. Mel pun dah rindu nak balik rumah ye. Malam ni kita balik ok.

Budak masam takmo bangun.


Thursday, September 25, 2014

Check Up 3 Bulan.

Patutnya checkup 3 bulan ari tu, 22 hb. Tapi mummy ni asik lupa je. Dalam kepala dok ingat 25hb je. Tak tau la kenapa. Nasib la tergerak hati nak bukak buku pink awak tu Mel. Sekali tengok 22hb rupanya. Cisss, cemana la boleh lupa ni. Terpaksalah call balik KK P9 tu nak buat appointment semula. So dapat la tarikh hari ni, 25hb. Kalau mummy tak lupa hari tu, boleh la pergi dengan ayah sekali. Ni terpaksa la kita pergi berdua je sebab ayah ada kursus kat Pangkor dari 23-26hb.

Pening jugak mula-mula nak pergi tu. Klinik Presint 9 tu bukan senang parking. Manjang je penuh. Mummy ni dok pk nak dukung awak lagi, nak angkut handbag mummy yang dah berat macam Batu Caves tu lagi. Awak tu dah la badan lembik lagi. Tak boleh nak dukung sebelah tangan je. Kena pegang dua belah tangan. Kalau takde parking, jenuh jugak la nak berjalan. Dengan panas lagi. Tapi, nasib kita baik Mel. Mula-mula mummy ingat nak parking je kat mamak kembar tu, tapi hati cam tergerak nak masuk dulu tengok parking ade ke tak. Memang rezeki la, sekali ada hamba Allah yang baru keluar parking time mummy masuk tu. Yay!! Senang sikit keje mummy. Boleh la letak awak dalam stroller. Kalau parking kedai mamak tadi, memang tak letak la dalam stroller. Leceh nak tolak stroller dengan nak lintas jalan panjat bukit bagai.

Hari ni anak mummy baik. Otw pergi klinik tadi pun tak buat perangai. Ade la ngok ngek kejap bila letak dalam carseat tu. Rupanya ngok ngek sebab nak tido. Lupa pulak mummy, awak lepas mandi kan memang suka tido. Tadi lepas mandi tak sempat tido, mummy dah hangkut pergi klinik. Hihi. Sekali mummy toleh tadi tengok, eh dah tido budak ni. Angkat masuk dalam stroller pun tak sedar. Bagus. Senang keje mummy. 

Elok je diam. Good girl, Mel.

Hari ni tak lama pun tunggu giliran. Tak sampai sejam pun tunggu nombor kita dah dipanggil. So untuk checkup 3 bulan ni berat Mel dah 4.3kg. Bulan lepas 3.5kg. Naik tak sampai sekilo pun. Tapi takpelah, janji naik jugak berat awak tu. Ni pun lenguh jugak tangan mummy ni kalau awk dok berpangku lama-lama. Ayah pun ade komplen penat dukung awak. Hihi. Eleh, Mel belum pun sampai 5kg ayah dah komplen-komplen kan. Tunggu la nanti Mel dah 10kg. Masa tu memang mummy bagi ayah je la dukung awak. Tadi kena cucuk pun tak nangis sangat. Nangis la sikit masa kena cucuk tu, tapi lepas tu dah ok. Mummy risau je kalau-kalau awak nangis macam malam tadi. Rupanya tak. heran betul. Malam tadi nak tido bukan main lagi menangis menjerit-jerit. dah 3 malam dah macam ni. Tapi tadi kena cucuk, nangis sikit je. Saja nak dera mummy time ayah takde eh? Ke rindu ayah ni? Mengada je tau. Tapi disebabkan awak baik je tadi sampai lah balik, so balik tu mummy upah SUSU. Yay!!

Video budak bertuah nangis. 3 malam berturut-turut macam ni.
Harap-harap malam ni dah ok.

Wednesday, September 24, 2014

Mel Demam.




Mel dah start demam hari Isnin lepas. Pagi Isnin tu aku hantar kat mak aku, mak aku cakap dia nangis je. Nangis sampai merajuk2. Ingatkan sebab takmo botol. Rupanya demam. Malam tu dah balik baru perasan. Dah rasa badan dia panas tapi ingatkan dedo biasa je. Malam tu lepas susukan dia aku letak la dia kat sofa kejap nak pegi buat air, sekali dia meraung macam org kena pukul. Pujuk-pujuk bagi tetek lepas tu pun takmo. Cam merajuk gitu. Ingatkan dia merajuk sebab kena tinggal dengan mak aku. Rupnya tak sedap badan. Malam tu tido pun tak nyenyak sampai ke pagi. Aku laki bini pagi tu pegi keje dengan mata panda.

Semalam pun sama. Nangis je kat rumah mak aku. Aku sampai halfday la keje sebab dia meragam. Nak melekap je kat nenen baru boleh tido. Malam tadi, sampai kul 2 pagi dia meraung meragam. Aku rasa satu blok tu boleh dengar dia menangis. Nasib baik la aku tido rumah mak aku. Last-last mak aku yang bangun dodoikan dia. Hahaha. Mummy dah hilang sabar masa tu. Memang mencabar keimanan jugak jaga baby demam ni ye. Dah la ayah Mel takde, gi kursus seminggu kat pangkor. Nasib baik nenek Mel ada. Kalau mummy sorang-sorang jaga Mel demam, tak tau la apa jadi. Jap lagi anak dengan mak sama-sama meraung.

Demam nak beralih bulan agaknya ni. Isnin lepas Mel dah genap 3 bulan. Tu yang demam kot. Harap-harap hari ni dah ok.

Monday, September 22, 2014

Cabaran Breastfeeding.



Bila cakap pasal breasfeeding ni, aku rasa semua mak mak kat dunia pun kalau boleh nak breastfeed anak. Kita mesti la nak yang terbaik untuk anak kita kan? Tambah pulak, kebaikan susu ibu ni memang tak dapat nak disangkal lagi. Bagi la mana-mana susu formula yang paling mahal sekalipun, takkan dapat menandingi kebaikan susu ibu. Masa aku mengandung pun, awal-awal pregnant lagi nurse-nurse kat klinik dah sogokkan aku dengan kebaikan susu ibu. Memang dioang galakkan kita bfreasfeed anak kita. And yes, aku sendiri pun dah tanam niat masa tu nak breastfeed anak. Kalau boleh takmo campur formula at least sampai umur 6 bulan. Kalau ada rezeki nak sampai dua tahun la. Tapi nasib Melissa, masa kena jaundice hari tu nurse kat hospital dah bagi dia formula even aku ade bekalkan ebm. Sakit hati rasanya. Takpelah, nak buat macam mana kan. Masa tu memang aku frust sangat-sangat sampai rasa fed up nak breastfeed anak. Tapi bila fikir kan balik bukan salah aku pun. Kenapa mesti nak give up. Then aku pun continue la bagi Melissa breast milk. Alhamdulilah, kecuali kes masa kat hospital hari tu, Mel still fully breastfeed sampai ke hari ni. Walaupun campur-campur susu from mak-mak sedara dia, but still susu ibu la kan. Senang Mel mak sedara dia sume dah jadi ibu susuan. Hihi.

Tapi, ni aku nak cerita pasal cabaran nak breasfeed anak ni. Bukan senang weh sebenarnya. Kalau ko tak tabah dan gigih, memang akan failed. Actually aku agak menyesal jugak sebab masa pregnant aku tak study betul-betul pasal breasfeeding ni. Memang nurse ade bagi macam-macam risalah kat aku. Tapi haram aku nak baca. Masa mabuk hari tu kan, aku jadi manusia paling pemalas kat bumi ni. So memang takde masa la aku nak baca semua tu. Masa nurse briefing time checkup tu aku just angguk-angguk je la. Masuk kiri kuar kanan. Tak pulak aku terfikir pasal cabaran breasfeeding ni. Aku ingat anak lahir je, terus je nah tetek. Rupanya banyak benda yang aku tak tau. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui.



Cabaran pertama : Kuantiti Susu.
Aku rasa ramai ibu-ibu yang gagal breastfeed anak adalah sebab kuantiti susu yang kurang. Ade jugak orang cakap, kuantiti susu ni bergantung jugak pada mind set ko. Kalau ko fikir susu tak banyak, tak banyak la dia. Tapi pada aku, benda ni bergantung pada rezeki anak jugak. Macam aku, susu aku nak kata banyak pun aku tak tau la cemana. Tapi setiap kalu pump nak dapat 4oz pun susah. Selalu dapat 3oz je. Tapi kalau Mel isap ada je susu. Aku memula risau jugak takut dia tak kenyang ke apa. Tapi aku tengok setiap kali menetek, Mel terlentok je kekenyangan. Aku rasa untuk direct breastfeed mungkin cukup la untuk Mel. Cuma nak buat stock je tak berapa meriah. Mula-mula dulu aku gigih jugak la mengepam. Tapi setiap kali pump, bila dapat sikit je aku dah mula fed up. Dah mula rasa malas. Tapi ada masa tetiba pump dapat banyak, semangat naik balik. Tapi terus terang aku cakap la, sebenarnya aku memang agak malas nak mengepam. Tambah pulak, masa Mel jaundice hari tu, dia tumpang susu adik aku. So mind set aku mcm dah set, oh takpe susu adik aku banyak. Nanti boleh mintak dia punya. Hmmm, last-last bila Mel masuk dua bulan, aku dah stop mengepam. Hahaha, boleh tak? Now ebm harapkan bekalan adik aku. Tak tau la sampai bila. Ni nak start balik mengepam pun tah bila la. For this, kalau anak aku tak cukup susu boleh la  nak salahkan sifat malas aku tu. Memang aku mengaku, aku agak malas mengepam. Actually kalau tak pump pun tak jadi masalah kalau kau jenis mak yang tak bekerja. Boleh susukan anak bila-bila masa dengan kerap. Macam aku yang bekerja ni memang patutnya dah buat stok awal-awal. Selain dapat buat stok, org kata dengan mengepam boleh stimulate susu ko. Tapi disebabkan kemalasan aku tu, memang takde la susu nak bertambah. Entah-entah makin merudum.

Cabaran Kedua : Nipple Cracked.
Ok ni pun satu cabaran buat aku sebenarnya. Sakit woo kalau nipple cracked. Siapa pernah alami, tau la cemana rasanya. Sampai ada satu tahap tu, aku jadi trauma bila Mel nak menyusu. Masa nipple cracked tu, bila dia isap je aku rasa cam nak terajang orang pun ada weh. Pedih sampai menitik la air mata ni. Nak pulak Mel ni memang jenis mengonyel je dengan tetek, so memang kerap la nipple aku crack. Sakit gila weh. Masa memula aku tak tau pasal niple cream tu, gigih la aku biarkan je niple camtu. Then adik aku cakap soh beli niple cream. Lepas pakai tu baru la ok sket. Aku beli brand Medela. Mahal sket tapi memang berkesan. So takde la pedih lagi niple aku.

Cabaran Ketiga : Breastfeeding in public.
Ok ni pun satu masalah jugak. Bila dah anak ni baru la aku paham kenapa ada sekumpulan orang yang beria menyokong public breastfeeding ni. Ko ingat senang ke nak menyusu anak kat public ni. Takkan la nak menyusu anak dalam toilet kan? Takpun nak kena tunggu time org takde baru boleh susukan anak. Baby kalau dah nak susu, ko ingat boleh nak suruh dia tunggu. Mau dia memekik kat situ jugak. Aku memang selamba je tetekkan anak kat public. Ala, bukan aku lambakkan tetek aku untuk tatapan umum pun. Anak nak menyusu kot. Bila kepala anak dah melekap kat tetek tu tak nampak pun tetek tu. Lagipun boleh cover dengan nursing cover ke, shawl ke, cardigan ke.Tak paham aku kenapa org anggap breasfeeding in public ni perkara yang inappropriate.


Breasfeeding is a nature. Yang korang pun especially kaum lelaki, kalau dah nampak org tengah terkial-kial nak susukan anak tu, pandang la tempat lain. Ni tak dok tenung je dengan harapan boleh nampak tetek? Haiyo..tak paham aku. Mende-mende cam ni la kadang boleh menggagalkan perjalanan breastfeeding. And aku rasa

Ni kisah semalam. Si Mel dah meraung mintak nenen.
Mummy lupa bawak nursing cover. Nasib baik ade cardigan.
Seee, ade nampak macam inappropriate ke?

Cabaran keempat : Knowledge less about breastfeeding.
Yang ni memang salah aku sebab aku tak study betul-betul bout breastfeeding ni. Macam mana nak storage. Bape lama boleh simpan. Nak panaskan cemana. Banyak benda yang aku tak tau. Bila dah beranak baru terkial-kial nak study. Tapi still belum terlambat. Orang kata pengalaman mendewasakan. Cewah. Bila dah ada pengalaman sendiri breastfeeding anak, baru la tau benda-benda tu semua. So korang kalau memang niat nak breastfeed anak, study la betul-betul tentang breastfeeding. Banyak pamplet yang klinik sediakan, baca buku, google or tanta pengalaman ibu-ibu lain.

Cabaran kelima : Bra baru..baju baru..
Ok ni pun pada aku antara cabaran jugak. Bila dah beranak otomatik size berubah and dah tak boleh nak pakai bra biasa. Kena pakai nursing bra. Aku tak tau la kalau ada org boleh pakai bra biasa tu. Tapi aku memang tak boleh. Nak kena pakai yang ade tingkap jugak. Baju pun kena beli baju baru yang ada button depan or yang longgar senang nak selak. Baju ketat-ketat sendat semua tu, lupakan je la. Aku sendiri dah rasa tak selesa nak pakai.

Cabaran keenam : Pumping time!
Ha ni pun cabaran jugak ni. Ko kena curi masa nak pump susu time kerja. Dapat boss yang tak memahami, memang susah la idup ko. Nasib baik bos aku ok. Tapi aku belum pernah lagi mengepam time kerja. Sebabnya Mel reject botol so aku la terpaksa ulang alik balik umah mak aku tuk tetekkan dia. Tengahari memang takde life la macam zaman takde anak. Dok mengukur jalan kat alamanda. Now tengahari wajib balik susukan anak. Memang mencabar jugak bila nak mengepam masa kerja ni. Beg kerja dah tentu kena bawak lebih. Satu handbag, satu lagi beg pump n botol. Pastu nak simpan susu yang dah pump tu lagi. Heh, ingat senang ke?

Ha jangan korang ingat breastfeed ni kerja mudah ye. Banyak cabaran nye. Jangan sesekali pandang rendah kat ibu-ibu yang semangat nak breastfeed anak. Aku memang respect la kat ibu-ibu yang berjaya fully breastfeed anak sampai umur 2 tahun. Or maybe ade yang lebih dari 2 tahun. Korang memang tabah. Tapi jangan la sebab anak korang fully breastfeed, korang dah rasa anak korang the best berbanding anak-anak yang minum FM. Kadang ada jugak ibu-ibu yang semangat nak breasfeed tapi tak berjaya. Aku rasa semua ibu kalau boleh nak breastfeed anak. Tapi tengok jugak la rezeki anak tu. Kadang kita dah usaha, tapi takde rezeki. Nak buat cemana ye dak?

Apapun, semua cabaran-cabaran kat atas tu akan rasa berbaloi bila anak ko terlentok kekenyangan disebabkan susu ko.




Sunday, August 10, 2014

Pengalaman Bersalin [Part 3]

Ok sambung balik cerita. Lama betul nak tunggu sambungannya. Maklumlah busy beraya. Aku pun dah ingat-ingat lupa dah. Sejak dah masuk 3 series ni mudah sangat hilang ingatan. Memori dah full agaknya. Takpelah aku taip mana yang ingat je.

Lepas doctor india tu check bukaan, terus je dia cakap kat aku "ok ready ye untuk teran". Pastu dia pun ajar aku cemana nak teran. Aku pun follow je la apa yang dia suruh. Doctor tu siap cakap "ok good..good..pandai u teran". Tapi kan sebenarnya kalau korang nak tau, masa doctor tu cakap dah boleh nak teran baby, aku terus panik. Panik sebab dan dan tu jugak aku dah tak rasa pape. Aku syak, epidural tu dah berkesan sepenuhnya kat aku. Aku pun x pasti sebab epidural ke atau sebenarnya aku memang panik. Tapi aku tak rasa nak meneran pun sebenarnya. Sakit contraction pun dah tak rasa. Jadinya aku main hentam je teran. Tapi aku tak cakap pun kat doctor yang aku tak rasa pape. Masa ni doktor lelaki melayu tu dah standby nak sambut baby aku.

Dan disebabkan aku tak rasa pape masa nak meneran tu, proses nak keluarkan baby tu makan masa jugak la. Aku tak ingat bape kali aku push baby kuar masuk kuar masuk. Sebabnya nafas aku pendek. Bila aku dah tarik nafas panjang, then masa push tu, nafas dah habis. Aku punyalah la tahan nafas tak nak kasi baby termasuk balik, tapi tak berjaya. Aku ingat doctor india tu siap cakap "push..push.. banyak lagi ruang ni..baby u pun kecik je..tak payah gunting pun takpe ni sebab banyak ruang". Aku masa dengar dia cakap tak payah gunting tu, dah semangat tapi nak teran punya teran baby tak keluar-keluar.

Masa tengah kecoh-kecoh nak push tu sempat lagi aku naik angin kat laki aku. Hahaha. Sebabnya masa tu dia dok kat kepala aku. Memang hospital kerajaan doktor akan suruh husband dok kat kepala isteri soh bagi semangat kat isteri. Ye la masa teran tu, aku angkat kepala rapatkan dagu ke dada sebab aku ada baca kat mana tah kalau nak push baby nnt buat camtu. Aku pun buat la camtu, cumanya bila angkat kepala tu aku cam cepat penat so takleh nak tahan lama. Yang laki aku ni sibuk dok picit-picit tangan aku je. Geram la aku. Last-last aku marah dia "yang u ni picit-picit tangan i buat apa, pegang la kepala i..tahan kan kepala i ni". Hahaha nampak tak betapa "mithali" nya aku. Tengah bertarung nyawa sempat lagi nak marah2. Dah la baru kejap tadi mintak maaf, tak sampai sejam dah buat dosa balik. Maafkan lah dosa isterimu ini. Hehehe. Ye la aku sebenarnya dah frust jugak sebab teran-teran baby tak keluar. Rasa penat pun ada. Doctor suruh aku rest kejap, amek nafas then bila rasa contraction terus teran. Tapi aku kan dah tak rasa pape, so aku lepas rest kejap amek nafas tu, terus je aku teran. Nurse-nurse and doktor bersungguh-sungguh kasi semangat kat aku. Siap panggil laki aku soh tengok kat bawah tu sebab kepala baby dah nampak. "push lagi kuat puan, dah nampak kepala baby ni. sikit je lagi" Masa laki aku tengok kat kat bawah tu dia pun excited siap jerit-jerit "eh nampak nampak kepala baby. cepat yang, teran yang". Hamboi laki aku, senang je cakap eh. Cuba ko pulak amek alih tempat aku ni. Tengok cane.

Sampai satu tahap, aku dah bengang sangat, aku teran kuat-kuat. Dengan tak rasa pape tu, aku tarik nafas dalam-dalam, tahan, pastu teran kuat-kuat. Ikutkan memang dah tak larat dah, tapi bila fikir kalau baby takmo keluar kang tak pasal-pasal kena czer lak. Terus aku bersemangat nak teran. Akhirnya aku dengan doc cakap, "ok kepala baby dah keluar". Bila dengar doc cakap camtu bertambah-tambah la semangat aku. Laki aku pun excited gila. Bising je mulut dia suruh aku teran tak abis-abis. Bersungguh-sungguh aku teran walaupun aku tak rasa apa-apa. Kepala baby keluar pun sebenarnya aku tak rasa. Finally, tepat kul 10.02 malam, baby pun selamat keluar. Doctor terpaksa gunting jugak kat bawah tu. Tapi aku tak rasa apa-apa pun. Ah lantak la apa nak jadi pun kat bawah tu, janji baby keluar dengan selamat.

Baby keluar je terus nurse tu angkat then terus letak atas dada aku. Dan sepantas kilat jugak aku tengok nurse masukkan tiub dalam mulut baby nak kasi keluar lendir-lendir kat dalam tu. Diorang buat semua depan mata aku. Aku ingatkan kenapa la dia buat camtu rupanya tu prosedur biasa je untuk baby baru lahir. Tapi bagus jugak sebab semua dia buat depan aku dengan baby masih atas dada aku. Tapi sebenarnya masa tu aku cam mamai, macam mimpi pun ade. Masa nurse letak baby kat aku pun aku cam tak percaya je aku dah berjaya keluarkan baby. Serius weh. Kalau ko tanya sampai sekarang aku rasa semua tu macam mimpi. Semua berlaku dengan pantas. 

Memang betul2 fresh from oven ni. Keluar-keluar je terus nurse bagi kat aku.

Lepas baby dah keluar, kena keluarkan uri pulak. Tapi doctor suruh relax je masa keluarkan uri tu. Bila masa uri tu keluar pun aku tak rasa. Aku sibuk dok mengulit baby sampai aku dah tak peduli dah apa yang berlaku sekeliling aku. Hihihi. Doctor start jahit pun aku tak rasa. Tau-tau doctor cakap "puan, saya nak start jahit ye". Apa-apa je la doktor. Buat la apa doktor nak buat. Ceh, berlagak je aku, mentang-mentang tak rasa sakit. Aku sempat pesan kat doktor tu jahit cantik-cantik tau. Hahaha, Boleh tak camtu. Tapi proses jahit tu makan masa lama jugak. Dekat sejam tau. Aku sampai dah bosan gila. Siap tanya bila nak siap bila nak siap. Proses jahit lagi lama dari proses aku nak kuarkan baby. Doctor yang jahit aku tu doctor lelaki muda tu. Lepas tu doktor melayu perempuan tu datang check. Agaknya dia tengok jahitan tu cam tak kemas, siap suh bukak jahit balik. Haih, sabo je la. Nasib baik la tak rasa sakit. Kalau tak, mau meraung jugak aku. Oh ya, masa doktor nak start jahit mula2 tu, laki aku kena keluar. So dia tunggu la kat luar. 

Sementara tunggu doktor habiskan jahit tu, nurse suruh aku try susukan baby. Aku memula cam konpius "dah boleh ke nurse nak susukan, camne nak tau susu ade ke tak". Hehe, boleh tak aku tanyakan camtu. Nurse tu pun tanya "tak pernah cuba picit2 ke breast sebelum ni?" "pernah tapi tak pernah pun keluar susu. ke susu saya takde ni nurse". Then nurse tu pun try la picitkan. "see, kan ade susu tu" Ajaibnya, masa nurse tu picit, keluar la susu. Yang lagi ajaib, bila aku suakan kat baby otomatik baby pandai isap. Hebatnya ciptaan Allah kan. So itu la first time aku susukan Melissa. 

Dekat sejam lebih akhirnya siap la sume proses jahit tu semua. Laki aku pun dipanggil semula masuk dalam LR tu. Nurse pun dah amek baby tuk bersihkan. Dia buat semua dalam labour room tu. Rupanya baby just dia bersihkan pakai baby oil je. Aku ingatkan dia mandikan baby. 

Yay, baby dah wangi. Amboi, Mel kecik-kecik dah pandai wat muka garang. Ikut mummy la tu.

Yay, i'm a mother now!

Lepas dah setel semua, nurse pun datang bawak air milo ngan biskut. Memang molek sangat la tu sebab aku lapar gila. Ye la ko bayangkan dari pagi tadi aku cuma sempat makan buah mangga je. Sebelum bersalin tadi aku nak minum air nurse tak bagi. So dah lepas beranak, memang lapar gila la. Tapi tak sempat nak makan, tetiba nurse datang balik kata nak bawak gi ward dah. Huwaaa. Tak sempat nak jamah pun milo tu. Sebabnya ambulance dah sampai. Rupanya aku dihantar ke ward Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) kat presint 8 tu. Maybe ward hospital dah penuh kot. Tapi sebenarnya aku memang lagi suka dihantar ke ward PBBR tu. Kenapa? Nanti aku bagitau sebabnya kat entry lain ok. Biasanya org yang bersalin anak pertama memang diorg tak bagi ward situ. Biasa anak kedua ketiga dan takde masalah apa-apa baru diorg masukkan ke ward tu. Maybe sebab aku takde masalah kot. Tu yang diorang hantar aku ke sana.

Masa nak naik ambulance tu, nurse suruh aku naik wheelchair. Aku pulak dengan poyonya siap cakap "eh takpe..takpe saya boleh jalan" Hamboi kemain okey. Mentang-mentang tak sakit. Kuat betul kesan epidural tu kat aku. Nurse tu siap marah aku "awak tu baru lepas bersalin, takkan dah nak jalan" Hihii, sorry la nurse. Lupa pulak baru lepas beranak. So aku pun disorongkan dengan wheelchair ke ambulans. Masa lalu kat hall dewan bersalin tu, aku tengok ade 2-3 orang yang tengah menahan sakit. Maybe tengah tunggu labour room kosong kot. Masa tu aku siap senyum-senyum and gelak dalam hati. "sabar ye puan-puan semua, turn saya dah lepas. lepas ni korang pulak. merasa lah ye" Hehe. Tapi cakap dalam hati je la. 

So aku pun dibawak naik ambulans dengan sorang lagi patient dan sorg nurse. Nurse tu yang pegang baby aku. Aku tak sempat nak borak ngan org yang satu ambulans dengan aku sebab tgk dia tengah menahan sakit. Dia pun xde mood nak borak ngan aku. Aku syak dia nak bersalin anak kedua or ketiga kot sebab dia dihantar bersalin ke sana. Kat PBBR tu org yg berisiko rendah je akan dihantar bersalin ke sana. Macam aku ni, bersalin kat Putrajaya. Cuma tumpang ward je kat PBBR. Ok la daripada ditolak ke hospital serdang or kajang kan.

So gitu la cerita aku. Banyak yang aku dah ingat-ingat lupa sebenarnya. Aku memang bersyukur sangat-sangat yang segalanya dipermudahkan. Aku even masa kat ward tu aku termenung kejap memikirkan betapa Allah sayang kat aku sebab apa yang aku mintak, doa dikabulkan. Aku doa supaya baby keluar awal, alhamdulilah baby keluar seminggu awal. Aku mintak nak bersalin dengan epidural, alhamdulilah dapat. Aku mintak nak bersalin kat hospital Putrajaya pun dapat. Siap dapat wad PBBR lagi. Aku mintak supaya aku sakit bersalin tak lama, alhamdulilah dikabulkan. Hari-hari aku cakap ngan baby supaya time bersalin nanti bagi kerjasama dengan mummy dia. Jangan bagi mummy sakit lama-lama. Nampaknya baby mendengar kata, dengan izin Allah jugak. Baby pun alhamdulilah sihat dan sempurna. Nikmat apa lagi yang mampu aku dustakan. Syukur alhamdulilah je yang mampu aku cakap. Bila aku teringat time TTC dulu, masa aku dok emo2 rasa Allah tak sayang aku sebab x bagi anak kat aku, rasa malu dengan diri sendiri. Padahal semua yang ditetapkan itu ada hikmahnya. Bila dah dapat ni, baru aku sedar hikmah kenapa aku dapat anak lambat. Banyak sangat hikmah disebaliknya.

Tapi kan, sampai sekarang bila aku fikir balik pengalaman aku ni, rasa macam mimpi. Setiap kali tengok muka Melissa, aku still rasa tak percaya. Still rasa macam mimpi. Rasa cam tak percaya aku dah ada anak. Rasa tak percaya Melissa tu keluar dari perut aku.

Buah hati yang dinanti-nanti :)


Monday, July 21, 2014

Pengalaman Bersalin [Part 2]

Sampai je hospital, aku turun dulu sementara laki aku parking kereta. Laki aku siap nak amek wheelchair tuk aku. Tak koser la aku nak ber wheelchair bagai. Lagipun aku larat lagi jalan. Terus je aku gi kat kaunter. Nurse tanya kenapa datang. Aku cakap la dah rasa sakit-sakit perut n macam dah keluar tanda. Nurse terus suruh masuk dalam bilik saringan tu. Nasib baik la aku pernah datang sini masa bleeding hari tu. So dah tau dah prosedur camne. Nurse suruh timbang dan amek tekanan darah dulu. Berat aku 52kg masa tu. Hehe. Lepas tu datang la MO ke nurse ke apa aku tak pasti dok tanya-tanya soalan. Lepas tu cam biasa la, kena baring and nurse pasang CTG. Nurse tanya aku kekerapan rasa contraction tu. Aku cakap la dalam 10 minit sekali kot. Tapi nurse kata dia tgk kat CTG tu 10 minit dua kali. Means dah 5 minit sekali la contraction. Tah le, aku mana la tau nak kira cemana. Main hentam je. Then nurse tanya tak sakit ke? Ish, nurse ni takkan la tak sakit. Sakit la jugak tp still boleh tahan.

Tak lama lepas tu datang la sorang doktor cina lelaki yang muda lagi hensem. Ditemani seorang lagi doktor jugak kot. Perempuan india. Dia kata dia nak tengok bukaan dah berapa. Baik dan soft sangat doktor cina ni. Siap cakap "maaf ye puan, mungkin sakit sikit". Aku pun cuak jugak sebenarnya sebab banyak baca pengalaman orang kata check bukaan ni sakit. Ade yang sampai kata nak terajang doktor la apa la. Tapi ajaibnya, aku tak rasa sakit langsung masa doktor check bukaan tu. Tengok doktor hensem terus tak rasa sakit. Hahahaha. Beria-ia la doktor tu dok jolok bawah tu siap ngan mimik muka lagi. Lama jugak dia godek2 bawah tu. Then doktor perempuan india tu tanya berapa cm dah. Aku pun sibuk2 jugak nak tanya. Hihi. "hmm..hmm.. dah 4 cm ni". Sambil dia cakap sambil pandang doktor perempuan india tu mcm nak mintak kepastian pulak. Eh boleh pulak doktor ni. Cuak jugak aku. Terkejut pun ade sebab bukaan dah 4cm. Cepat betul. Patut lah rasa sakit. Then doktor tu cakap, dah boleh pecahkan air ketuban ni. Ish, dengar tu terus lagi berganda-ganda perasaan cuak tu. AKU DAH NAK BERANAK WEI!! Tapi yang peliknya aku dah tak rasa pape masa tu. I means rasa takut atau berdebar2. Tak rasa dah masa tu. Rasa excited pun takde. Rasa cam mimpi je ada.

Proses pecahkan air ketuban berjalan lancar. Aku tak rasa pape pun. Cuma rasa air panas mengalir je. Lepas dah pecahkan air ketuban, nurse bagi ubat berak soh berak. Dan-dan lepas amek ubat tu terus nak terberak. Lama gila aku dok dalam toilet sampa nurse ketuk pintu "puan, jangan lama-lama. nanti takut terberanak dalam bilik air". Hihihi. Ish nurse ni. Takkan la aku nak kuarkan anak aku dalam bilik air. Tapi kan boleh jadik jugak. Sebab orang kata sakit nak beranak tu mcm sakit nak berak. Buatnya aku teran2 nak berak, sekali kuar baby. Naya je. Sebenarnya aku dok lama dalam tu sebab bila kena air kat bawah tu, aku rasa cam kurang saket rasa contraction tu. Tu yang aku leka je dok dalam toilet tu.

Oh ya, lepas pecahkan air ketuban tu, aku sempat ckp kat doktor laju-laju yang aku nak epidural. Tak nak la jadi cam adik aku. Masa diorang nak bagi epidural tu, bukaan dah 6cm. So dah tak boleh bagi epidural. Aku pun dah 4cm. Macam ada kemungkinan je yang aku pun tak dapat epidural. Dah la proses nak cucuk epidural tu amek masa. Means bukan dan dan tu jugak ko boleh dapat. Doktor siap terangkan prosedur-prosedur nya. Diorang kena call pakar bius dulu sebab pakar bius takde kat dewan bersalin tu. So, maybe amek masa jugak la. Masa tu jam dah kul 7 lebih. Aku berdoa je dalam hati supaya pakar bius tu datang awal sket.

Lepas dah kena cucuk kat tangan tu, nurse soh aku tunggu kejap tunggu diorang clearkan labour room. Dalam 15 minit tunggu, baru diorang soh masuk labour room. Masa masuk kat dalam tu aku siap tanya nurse "ni ke labour room, kat sini ke saya nak beranak nanti". Hihihi ye la sebelum ni mana la aku tau camne rupa labour room tu. Aku bayangkan keadaannya macam dalam bilik bedah gitu. Rupanya macam ward biasa je. Cuma banyak peralatan la kat situ. Masa dalam labour room tu sempat jeling jam. Dah kul 7.15 masa tu. Lepas salin baju, terus diorang soh naik kat atas katil. Pasang CTG apa sume ngan ape2 tah lagi. Then baru diorang panggil laki aku masuk. Dok la kami menunggu dalam tu. Tak lama lepas tu datang lagi MO tanya aku nak epidural ke tak. Sebab diorang baru nak call pakar bius tu. Cit, baru nak call ke. Aku ingat dari tadi dah call. Risau je aku masa tu kalau2 tak sempat nak dapat epidural. Masa tu sakit dah makin kuat. Tapi aku diam je la. Tahan je la rasa sakit tu. 

Tepat kul 8, pakar bius pun sampai. Alhamdulilah, nasib baik tak tunggu lama. Dia pun terangkan la prosedur-prosedur, kebaikan dan keburukan epidural dan proses-prosesnya. Siap bagi pamplet kat aku soh baca sementara dia siapkan aku. Dia siap cakap awal-awal yang kesan epidural ni tak sama setiap orang dan epidural ni hanya KURANGKAN rasa sakit contraction, bukan hilang terus rasa sakit tu. Ada sesetangah orang, masih akan rasa sakit contraction dan ada sesetengah orang, tak rasa sakit langsung. Ok la, pape la la doktor janji dapat epidural tu. Aku dicucuk epidural tepat jam 8.15 malam. Masa nak cucuk epidural tu, laki aku kena tnggu kat luar dulu. Proses cucuk epidural tu pun tak sakit. Aku tak rasa pape pun. Tau-tau dah siap. Doktor cakap kesan epidural tu aku akan rasa dalam 15 minit. So dalam 15 minit aku still akan rasa sakit. Then dia bagi satu alat ape tah, kalau lampu kat alat tu menyala, tekan mende alah tu. Kira macam top up epidural tu la. 

Tunggu punya tunggu, aku still rasa sakit. Masa ni memang dah sakit sangat. Tengok jam dah dekat kul 9. Ni dah lebih 15 minit ni. Kenapa still rasa sakit?? Huwaaaaa. Masa ni dah dok fikir, mungkin aku salah sorang yang tak bernasib baik tu. Amek epidural tu pun still rasa sakit. Then pakar bius tu datang lagi tanya aku dah kurang rasa sakit ke? Aku dengan sedihnya cakap "tak hilang pun doktor. saya macam rasa makin sakit je ni". Then dia cakap "mintak maaf la puan, saya pun tak boleh buat apa. macam saya cakap tadi, kesan epidural ni memang berbeza untuk setiap orang. kalau puan rasa sakit lagi, sedut la gas ni". Huwaaaa, nak buat camne, redho je la. Aku try jugak sedut gas tu, tapi langsung tak membantu pun. Aku jadi pening lagi ade la. Jam masa ni dah kul 9. Dan aku rasa makin sakit. Bila sakit tu datang je, aku cam hilang akal jap. Siap merengek-rengek kat laki aku. Sakit yang,.. sakit yang.. Tu je la la yang aku mampu cakap. Laki aku pulak yang dia tau, sabar yang..sabar yang.. Haish, tekanan betul aku dibuatnya. Masa aku dok mengerang-ngerang tu, ade la nurse yang masuk. Dia tengok aku siap cakap "sabar ye puan, memang sakit nak bersalin ni. sabar sikit je lagi. lagipun dah tak lama ni, bukaan pun dah 9 cm". Hah? 9 cm? Biar betik, patut lah rasa sakit.


Muka tengah menahan sakit contraction. Tah bila masa laki aku snap tah. 
Saje la tu nak wat bahan nganjing aku nanti. 


Then masuk pulak sorang doktor perempuan melayu. Dia tengok bukaan then cakap kat aku "dah 9 cm ni. kalau ikutkan dah boleh je nak teran, tapi takpelah, saya bagi masa lagi sejam. kita tunggu sampai bukaan full". Eh boleh pulak macam tu. Laki aku siap tanya doktor "takpe ke kalau tunggu lagi sejam?" Doktor cakap "takpe, takde masalah sebab heartbeat baby ok je ni. kalau heartbeat baby turun, baru kita risau. kita tunggu lagi sejam ye". Sejam pun sejam la. Lepas tu doktor pun blah. Tinggal la aku dengan laki aku dalam labour room tu.

Dalam masa sejam tu, baru la aku dapat rasa kesan epidural tu. Masa ni baru la boleh nak borak-borak ngan laki aku. Kalau tak, tengok muka laki aku pun aku rasa nak marah. Hahaha. Kitaorang siap boleh bergelak ketawa lagi, amek-amek gambar la pe sume. Hihihi.

Muka bila rasa sakit dah kurang. Siap buat peace. Rasa nak tampo tak? Hahaha

Tak lama lepas tu, dalam kul 9.50 tetiba heartbeat baby turun. Laki aku pun bergegas la pergi panggil doktor ngan nurse. Masuk la doktor perempuan india yang memula tadi. Then doktor perempuan melayu dan sorang doktor lelaki melayu. Muda lagi doktor nya. Rupanya doktor lelaki melayu tu la yang akan menyambut baby aku. Then ade beberapa org nurse. Ramai jugak la dalam tu. Then doktor india tu check bukaan, dah 10 cm! 

Ok, cerita lepas tu sambung lagi next entry. Huahaha. Sorry la yea, kena buat part by part sebab takleh lama-lama mengadap laptop. Ni pun anak aku dah menangis. 


Nampak tak anak aku terdampar kat situ. Hihi.

Wednesday, July 16, 2014

Pengalaman Bersalin. [Part 1]

Hehe, tak sangka aku akan tulis entry pengalaman bersalin ni. Dulu dok berangan je la bila la masa nya aku akan tulis pengalaman sendiri. Asik baca pengalaman orang je. Now, dah rasa dah. Ehee. Tapi lain orang lain pengalaman nye kan.

Masa memula mengandung dulu, aku tak fikir pun pasal bersalin. Lambat lagi kan masa tu. Lagipun mabuk teruk, so takde masa nak fikir. Bila dah masuk 3rd trimester tu, baru la terfikir pasal sakit bersalin ni. Memang cuak la kalau fikir. Tak dapat bayangkan sakit bersalin tu cemana. Hari-hari aku dok google 'pengalaman bersalin' orang lain. Tak puas baca, siap tanya kawan-kawan yang dah ada pengalaman bersalin. Tapi kesimpulannya, sakit bersalin ni lain orang lain pengalaman nya. Aku nak bayangkan pun x tau cemana. Last-last kan, redho je la camne pun sakitnya huhuhu. Tapi perasaan takut tu memang mengantui diri la. Setiap hari dok fikir bebukan. Macam mana nanti kalau time nak beranak, banyak complication? Ataupun laki aku tak ampunkan dosa, nanti susah nak beranak. Atau sakit bersalin yang lama. Atau mati masa bersalin. Huwaaaa. Memacam ok dalam fikiran aku. Banyak yang negative dari positif. Tapi akhirnya nak sedapkan hati, aku fikir je bersalin ni jihad. Lagipun nak lari mana kan? Dah mengandung, mestilah kena bersalin kan. Nak takut sangat pun, akhirnya nanti aku kena hadap jugak. Takkan nak simpan baby dalam perut selamanya. Lagipun sebenarnya bila dah tak larat time pregnant, terus jadi tak sabar nak kuarkan baby. Masa tu tak fikir apa dah. Rasa takut pun hilang. Hihi.  

Ok balik pada citer pengalaman bersalin aku. Aku mula rasa sakit pada 21 Jun 2014. Seminggu awal dari due date aku. Tak sia-sia aku doa dan pujuk baby supaya keluar awal sket. Kalau nak tau, memang hari-hari aku dok ckp ngan baby soh keluar awal sket. Ade sekali tu aku siap tanya baby "bila awak nak keluar ni? mummy dah apply cuti tau. ke awak keluar 21hb? sama birthday ngan mummy 21hb". Sekali betul-betul ko baby keluar 21 hb tu. Walaupun sebenarnya aku takut nak menghadapi sakit bersalin tu, tapi sebab dah tak larat dan tak sabar nak tengok baby sendiri, plus aku dah amek cuti bersalin 2 minggu awal, so aku memang mengharap sangat dapat bersalin awal dari due date aku. Lagipun aku tak nak overdue sebab kalau overdue nanti kena induce. Orang cakap induce tu sakit, so takmolah. 

Pagi 21hb tu dalam kul 9 pagi aku dah start rasa sakit perut. Rasa cam senggugut. Aku memang setiap kali nak period, 2-3 hari sebelum period tu aku akan rasa senggugut. So rasa sakit ni sama cam rasa senggugut tu. Aku dah syak itu mmg rasa contraction sebab pernah tanya kengkawan yang skait contraction tu sama mcm rasa sakit senggugut cuma sakitnya berganda2 la dr sakit senggugut biasa tu. Tapi aku wat bodoh je la. Sambung tido. Masa tu kami laki bini tido kat bawah je. Depan TV. Pagi tu laki aku kena gi ofis sebab ade kerja. Sebelum pergi tu aku ade la bitau dia aku cam rasa sakit perut. Tapi tak pasti la rasa contraction ke apa. So aku soh je dia pegi kerja. Kalau ade pape, nanti aku call. Lepas laki aku gi ofis, aku pun sambung tido. Masa ni still rasa sakit-sakit gak. Tengahari tu aku bangun dengan rasa sakit senggugut tu makin kerap. Aku pun download la apps nak count kekerapan contranction tu walaupun sebenarnya aku tak pasti lagi pun tu sakit contraction ke apa. Nak kira cemana pun aku tak tau. Tapi kalau tengok apps tu, sakit aku tu datang 10 minit sekali. So masa ni mcm dah yakin sikit mmg sakit contraction la tu. Berdebar2 jugak la masa ni. Tapi nak kata sakit sangat tu takde lah. Still boleh tahan rasa sakit tu. So aku pun baring-baring je la tengok tv apa sume. Malas nak bangun.

Petang tu dalam kul 3 laki aku balik. Dia tanya aku sakit ke tak. Nak ajak aku gi hospital. Aku pun tak tau nak buat keputusan masa tu. Sebabnya aku still tak sure aku dah nak beranak ke apa. Lagipun aku tak nak la gi hospital awal-awal. Buatnya gi hospital, bukaan baru 1cm ke atau takde bukaan langsung, tak masal je kang kena halau balik. Lagipun aku risau sangat buatnya hospital penuh ke apa, dia tolak ke hospital lain. Takmo. Takmo. Aku nak beranak hospital Putrajaya je sebab hospital Putrajaya je boleh request epidural. Aku baca, hospital serdang ngan kajang memang tak provide epidural. Kan aku dah planing nak bersalin with epidural. So mind aku dah set. Epidural. Epidural. Aku nak tunggu sakit makin kuat baru plan nak gi hospital.

Oh, actually kan sebenarnya hari sabtu 21hb tu, kitaorang plan nak gi makan kat Alissara, Puchong. Siap dah whatsapp dalam group ajak member2 sume dinner kat Alissara. Memang dah confirm dah malam tu nak dinner Alissara kononnya. Sekali tu dalam kul 5 ptg, sakit dah rasa cam makin kuat. Terus laki aku ajak siap-siap gi hospital. Aku pun naik la atas nak mandi pe sume. Dari pagi memang tak mandi. Masa nak mandi tu, sekali tengok kat panties, ade tanda. Cam darah tapi kaler coklat-coklat. Sah, memang aku rasa sakit nak beranak rupanya. Rupanya yang aku rasa tu la tanda contraction. Terus jerit panggil laki aku. Kitaorang pun siap-siap la nak gi hospital. Masa mandi tu, aku boleh lagi gurau-gurau ngan laki aku. "hee yang, baby dah kuar. tak sabarnyaaaaa! Tapi takut!!" Siap boleh main-main ngan perut lagi. Bukan nak mintak maaf kat laki ke apa. Boleh memain pulak aku. Padahal masa tu dah sakit jugak la.

Dah siap-siap tu dalam kul 6 geraklah kami menuju ke hospital Putrajaya. Masa nak naik kereta tu aku dah rasa sakit siap soh laki aku diam kejap. Hahaha, boleh tak camtu. Bila datang rasa contraction tu, aku rasa nak marah orang pun ade. Hihi. Duduk dalam kereta pun kena slow-slow. Kali ni dah pesan kat laki aku, jangan nak panik sangat. Bawak keta slow-slow. Takmo cam aritu, sampai pecah tayar keta. Kitaorang sampai hospital dalam kul 6.15 camtu. 

Er, macam dah panjang sangat. Aku sambung next entry la eh. Hehe. Tunggu!!

Tuesday, June 17, 2014

Best Maternity Jeans.

Dah 38 minggu, belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi. Aku dah start cuti. Amek cuti 2 minggu awal. Tak larat nak gi keje dah. Jalan kejap pun dah mengah. Tapi baby ni macam takde tanda nak keluar pun lagi. Harap before due, baby keluar la yea. 

Ok la, sebelum beranak nak cerita sket pasal maternity clothes. Kalau nak tau, sebelum pregnant dulu aku penah berjanji kat diri sendiri takmo beli baju khas tuk org pregnant sebab pada aku baju pregnant ni sume tak lawa. Design macam makcik-makcik. Pastu membuatkan diri nampak lagi gemuk. Hahaha. Boleh tak? Gigih ok aku pakai je baju-baju aku yang sedia ada tu. Nasib la badan aku tak naik mendadak. Masa 5 bulan ritu, gigih lagi nak pakai jeans n t shirt kecik-kecik aku tu. Sekali masa tu, jeans aku langsung tak boleh nak button. Zip pun separuh je boleh. Aku bantai je pakai hokey. Punya la tak sedor diri perut dah beso masa tu. Memang tak selesa la sebenarnya. 

Then masa jalan-jalan kat Setia City Mall ritu, ade la aku singgah H&M. Tak bajet pun nak beli maternity clothes kat H&M tu. Tapi ade la aku usha web H&M. Baju-baju n seluar pregnant kat H&M not bad la. Cantik-cantik, tak nampak macam orang tua sangat. Plus harga pun sangat murah kalau nak compare to modernmum yang design sangat buruk dan mahal nak mampus. So aku pun try la selai maternity jeans kat H&M tu. Aku plan nak beli jeans yang bootcut sebab bootcut lagi selesa pakai. Tapi takde stock pulak. Tinggal yang skinny n straight cut je. 

Sekali try, ya ampun selesanya rupanya maternity jeans ni. Siyes selesa gila. Apa yang aku suka maternity jeans H&M ni, dia punya kain cover perut tu sampai ke atas. Ade setengah maternity pants, cover perut tu separuh je. So rasa tak selesa. Yang H&M ni memang dia cover penuh perut.



See nampak tak keselesaan di situ. Nyaman je perut aku pakai jeans ni. Seluar ni tak payah susah-susah nak button. Button tu display je. Korang tarik je seluar tu sampai atas. Takde getah2 boleh adjust. Tapi dont worry, kalau amek size yang sesuai, mesti muat punya. Kain cover perut tu je aku rasa cam strechable. Ye la, perut makin lama makin beso. Aku beli masa pregnant 5 bulan. Now still boleh pakai lagi dengan selesanya. 




Bila tutup ngan baju, nampak macam pakai jeans biasa je. Ade org ingat aku pakai jeans biasa. Kagum diorg tgk aku muat pakai jeans lagi time-time pregnant ni. Hikhik. Haruslah tak kan. Jeans aku yang lain tu langsung tak boleh button. Pakai pun tak selesa. Ni je la pun satu-satu nya maternity clothes yang aku beli. T shirt tu aku beli size beso sket. Takpun pakai laki aku punya t shirt. Memang dah tak selesa nak pakai t shirt aku yg kecik-kecik tu. Dengan cuaca panas skrg ni. Siyes tak selesa. Actually menyesal jugak tak borong baju maternity kat H&M ari tu. Sebab aku fikir, rugi beli baju pregnant ni sebab bukan selalu mengandung. Tapi, rupanya aku silap. Bila dah masuk 7 bulan tu, sume baju lain dah tak selesa dah. Memang ko kena pakai baju maternity gak baru selesa. Nasib la aku banyak beli dress2 dari poplook. So nak gi kerja tu tak risau sangat la sbb boleh pakai dress. Tapi nak keluar jenjalan tu, memang takde baju. Kadang aku malas nak keluar sebab takde baju nak pakai. Last-last asik pakai baju yang sama je. Hihi. Lantak la. Bukan lama pun kan. 



So korang yang cari maternity clothes tu boleh la gi kat H&M. H&M je pun yang aku tau ade maternity clothes lawa-lawa. Tempat lain aku tak pernah usha. Kalau korang tau kat mana-mana lagi ade jual maternity clothes yang cantik dan selesa, boleh la share. Susah sebenarnya nak cari baju yang betul-betul selesa time pregnant ni. Selain nak selesa, mummy pun nak bergaya jugak time pregnant kan. Hihihi. Walau hakikatnya, kalau tengok aku kat rumah, dah macam hantu kak limah je rupanya. Pakai asal boleh je. Actually kalau keluar dekat-dekat pun, aku malas nak bersiap. Tak kuasa weh. Memang time pregnant ni aku dah tak peduli sangat dah penampilan diri. Yang korang tgk aku post gambo lawo-lawo tu, ha time tu je la yang lawanya. Ye la nak post utk tatapan umum haruslah pilih gambar yang cecantik kan. Gambar yang macam hantu kak limah kita simpan sendiri tuk tatapan anak esok. Biar dia tgk keadaan mummy dia time mengandungkan dia. Hihihi. 

Thursday, June 5, 2014

Cuti Bersalin Awal.

Aku sekarang ni tengah berkira-kira nak amek cuti bersalin awal. EDD aku 30 Jun 2014, means aku boleh start amek cuti on 16 Jun 2014. 2 minggu awal. Tapi ada orang cakap rugi amek cuti awal sebab mana lah tau kot-kot aku beranak lewat dari EDD ke. Nanti time bersama anak tu kurang la sket. Hmm, bila fikir balik memang la rasa cam rugi. Lagipun rumah ngan opis aku bukan jauh dari hospital pun. Kalau rasa dah nak terberanak pun insyaallah sempat lagi nak ke hospital. Cuma nya sekarang ni, aku malassssssssssss sangat nak ke opis. Serius malas weh! Aku tak tau la nape pembawakan budak ni teruk sangat. Ceh, nak salahkan baby pulak, padahal sendiri yang malas. Hihihihi. 

Aku sebenarnya malas nak bersiap pagi-pagi tu. Lepas tu pulak sekarang ni asik sakit je kat bawah perut tu. Jalan sket sakit. So aku lebih selesa baring je. Minggu lepas 4 hari aku tak kerja. Bayangkan la 4 hari tu aku hanya baring tengok tv atau tido je. Bangun hanya untuk makan dan sembahyang je. Lepas tu terbaring lagi. Biasanya pas subuh aku akan tido balik sampai kul 2 ptg. Kul 2 baru bangun tuk makan pe sume. Masalahnya sekarang, aku langsung tak boleh tido malam. Heartburn aku tersangat kronik. Makan je, terus heartburn. Dah berbotol gaviscon aku telan pun tak mujarab. Bila aku baring je nak tido malam, terus heartburn sampai rasa nak muntah. Sudahnya 10 minit sekali aku bangun duduk. Pastu baring. 10 minit nanti kang bangun balik. Letih weh tetiap malam camtu. Dengan baby aktif malam2. Tambah pulak laki aku tido berdengkur. Memang stress. Kadang tu kul 5 pagi baru dapat tido. Sebab tu la aku selalu tak kerja. Sebabnya lepas subuh aku tido balik konon nak bangun kul 8. Tapi selalunya terjaga mesti dah kul 10 atau 11. Nak gi kerja kul 11? Lupakan je la. Sebab tu la aku fikir, dari bos naik menyampah kat aku sebab asik cuti je, baik la aku amek cuti awal. Dok je kat rumah tu sambil berdoa supaya baby keluar awal sebelum due. Jangan la sampai terlebih due pulak. Harapnya baby dengar la rintihan seorang bakal ibu ni. Hihihi. Bagi kerjasama ye nak. Mummy pun dah tak sabar nak jumpa awak. ^_^


Tuesday, May 27, 2014

Bleeding at 35 weeks.

Ok ni kejadian suspen yang berlaku malam tadi. Tengah malam tadi buat pertama kalinya sepanjang aku pregnant ni, aku bleeding. Laki aku la yang perasan. Tengah baring-baring kat katil menunggu nak tido, sekali laki aku terjerit-jerit panik sebab nampak darah kat tilam. Aku pulak cam blur-blur sebab tak rasa pape pun. Siap tanya "darah? mana? mana?" Sekali tengok kat tilam banyak gak la darah. Laki aku terus bingkas bangun pakai baju siap-siap ajak aku gi spital. Menggelabah gila dia. Tak sampai 30 saat dah siap. Siap dengan angkut beg spital aku skali. 

Aku pulak boleh terhegeh-hegeh dok fikir nak pakai baju apa. Ye la, tetiba je jadi camtu aku jadi blur. Masalahnya aku tak rasa sakit pape pun. Tu yang aku relax je. Dok termenung depan almari nak pakai baju apa. Sekali kena marah ngan laki aku. Last-last pakai je suar tido ngan t shirt laki aku. Hahaha, selekeh gila. Lantak lak, hari pun dah malam. Kul 12.30 kot masa tu.

Otw nak ke hospital tu laki aku bawak keta laju gila. Dah la hujan. Habis semua lampu merah dilanggar nya. Aku dah membebel risau kang jadi mende lain pulak.  Dia pulak boleh kata, takpe ni kecemeasan. Kecemasan la sangat. Macam la kepala baby dah terjojol keluar. Aku suruh dia bertenang cam aku ni ha, tenang je. Tak tau la kenapa, tapi naluri aku kata takde pape. Sebabnya memang tak rasa pape pun. Lagipun aku fikir kalau jadi apa-apa pun, aku kira dah boleh beranak. Heh, boleh pulak fikir camtu. 

Sampai je hospital, laki aku terus pergi ke Jabatan Kecemasan & Trauma. Aku dah cakap terus pergi ke Dewan Bersalin tapi dia tak caya. Nak jugak ke Jabatan Kecemasan tu. Dah la masa sampai tu tak kasi aku keluar. Aku kalau boleh, biarlah aku yang keluar tanya sbb aku dah tau dah laki aku mesti kecoh gila punya macam aku dah nak terberanak. Sekali orang kat Jabatan Kecemasan soh terus pergi Dewan Bersalin. Sampai Dewan Bersalin tu pun laki aku tak kasi keluar. Biar dia yang pergi tanya n daftar pe semua. Hadoi la laki aku ni, risau sangat. Aku rasa kalau boleh mesti dia nak amek wheelchair soh aku naik wheelchair je. Padahal aku boleh je jalan macam biasa. Sekali nurse tu soh aku masuk. Aku pun masuk la, sementara laki aku gi cari parking. Masa aku duduk kat kaunter tu, tetiba aku dengar bunyi gedegangggggggg! Hati aku macam tak sedap je fikir laki aku ni ade langgar pape ke kat luar tu. Tapi aku malas nak keluar tengok. Lagipun nurse dah suruh masuk nak check kenapa aku bleeding.

So masuk la aku kat dalam tu. Nurse timbang berat n amek tekanan darah. Lepas tu suruh aku tukar pakai kain pink tu. Siap pesan, lain kali kalau datang sini siap-siap pakai kain jangan pakai seluar.  Hihi, mana la aku tau. First time kot. Lepas dah tukar kain sume nurse pun pasang la mende apa tah kat perut aku tu, nak tgk ade contraction ke tak. Sambil tu diorang interview la aku. Macam-macam soalan tanya. Sekali ade satu soalan tu aku cam teragak-agak nak jawab. Nurse tanya bila kali terakhir 'bersama' dengan suami. Aku pun cam errrr, alamak cam segan je nak jawab. Tapi takkan la nak tipu pulak kot. Terpaksalah berlaku jujur. Aku jawab la "hari ni". Then nurse tu nak detail pulak. Hari ni tu bila? Kul berapa? Terpaksa la jujur sekali lagi. "sebelum bleeding ni tadi". Aku rasa cam merah je muka aku bila jawab soklan tu. Tapi takkan nak menipu pulak kan. Tah-tah sebab tu agaknya bleeding. Then nurse tu cakap kadang-kadang boleh jadi luka sebab time pregnant ni area situ agak sensitif. Tapi apa-apa pun kena check dulu. So dia pun check la. Merasa la kena jolok dengan muncung itik tu. Perit gak la bila dia godek-godek nak check tu. Terbayang pulak aku time beranak nanti camne la pulak sakitnya. Lepas dah check guna muncung itik tu, sekali lagi kena seluk nak tengok kot-kot ade bukaan ke. 

Dah check tu sume aku tanya la nurse kenapa. Nurse kata memang ada luka kat situ. Nurse kata baby ok, tapi apa-apa pun kena tunggu dr scan dulu tengok camne. Lama jugak la sementara nak tunggu scan tu. Borak-borak ngan nurse kejap. Nurse tu cakap, "husband awak bukan main risau lagi kat luar tu. kejap-kejap tanya isteri saya ok ke tak." Hahaha, segan lak aku. Laki aku ni memang camtu. Kuat menggelabah. Tapi bagus la sebab nampak la dia concern kat aku n baby. Setengah jam jugak la dok menunggu dr nak scan. Scan pun bukan main lama lagi sebab baby asik gerak je. Lepas scan dr cakap everything is ok. Takde apa yang perlu dirisaukan. Hmm, nasib baik. So aku fikir memang sebab bersama tu la agaknya aku bleeding. Tetiba malu kat nurse n dr. Hahaha. Tapi bukan ke orang kata kalau kerap bersama suami time hujung-hujung pregnant ni, nanti senang nak beranak. Hehehe, aku cuma nak mempraktikkan kata-kata tu. Tapi lain pulak jadinya. Ganas sangat kot. Tapi nurse n doctor takde cakap apa pun pasal tu. Cuma diorang kata kalau bleeding teruk nnt datang balik. Tapi setakat ni semua ok. 

Dah setel semua, aku keluar sekali tengok laki aku tengah tukar tayar. Rupanya bunyi gedegang tadi tu memang dia la dok langgar tembok kat Dewan Bersalin tu sampai pecah tayar. Ya rabbi! Sabo je la laki aku ni. Tah hape la yang dia panik sangat sampai camtu skali. Ni baru bleeding sikit, belum lagi aku nak terberanak. Agaknya time aku nak terberanak sok tah cemana la dia nye gelabah tu. Tak memasal je kena kuar duit beli tayar baru pagi ni. Ceh! Otw balik malam tadi, aku tanya la laki aku yang dia gelabah sangat kenapa. Dia cakap "anak first kot, mesti la gelabah." Ooo, ok. Nanti baby dah keluar, kalau ko malas jaga, siap la! Hihihi. Apapun, alhamdulilah takde pape yang berlaku. Harap-harap semua nya ok sampailah waktu nak deliver nanti. Tak lama dah lagi. Sebulan je lagi. ^_^


Blood yang membuatkan laki aku panik.
p/s: gambar ni agak menggelikan, kalau korg jenis penggeli dinasihatkan jangan scroll ke bawah ok.

































Monday, May 19, 2014

I'm Ready To Pop.

Akhirnya, berjaya jugak aku siapkan kelengkapan barang-barang baby dan mummy untuk dibawa ke hospital ke nanti. Ko bayangkanlah aku punya malas tu, dah 33 weeks pun still tak buat apa-apa persiapan. Kalau nak tau, aku dah stop buat preparation since 25 weeks lagi. Lepas shopping barang-barang baby ari tu, terus takde wat pape dah. Simpan je dalam almari. Nak basuh pun malas. Tak tau la kenapa. Aku memang malas dan tak larat langsung. Lagi-lagi dah masuk 3rd trimester ni. Dengan alahan tak hilang, tambah pulak badan dah berat. Huwaaaa stresss. 

Ok ok, takmolah cakap pasal tak larat dan alahan ni. Dah banyak sangat aku merungut. Macam tak bersyukur pulak nak dapat baby. Dah lupa ke time struggle nak dapatkan baby dulu?? Tak tau ke berapa ramai perempaun kat luar sana yang sanggup tukar tempat dengan aku semata-mata tuk dapatkan baby. Bersyukur sket boleh tak cujen???? Ok ni last aku merungut. Tak lama je lagi baby nak keluar dah. Nanti baby dah keluar, mesti lupa semua kesengsaraan masa mengandung 9 bulan ni. Aminnnnnn!

Tau tak kul bape aku buat semua ni? Kul 12 tengah malam ok.


Sempat lagi main-main dengan baju baby. Comel sangat stokin ni rasa nak picit2 je.


Sempat laki aku rakam masa ngah kemas-kemas baju baby. Hihi


Aku basuh pakai mesin je. Tak kose nak pakai tangan bagai.
Syukurlah cuaca panas gila hari tu. Kejap je baju tu semua dah kering.


Baju ni semua aku basuh masa cuti wesak lepas. Tapi baru malam tadi aku siapkan packing-packing tuk bawak ke hospital. Kul 3 pagi baru tido tau malam tadi.


Mengada tak siap bungkus dalam plastik camtu. Saje je aku pack ikut set. Satu set tu aku pack sepasang baju, napkin, pampers n mintten & booties. Senang nak bagi kat nurse nanti.


Yay, bag dah siap packing. Saya dah ready nak beranak ni. 

Baby jangan dok lama-lama sangat dalam perut mummy ni. Cukup masa awak keluar ok!

Wednesday, April 30, 2014

Checkup 31 weeks.

Yay, dah 31 weeks. Ade dalam 9 minggu je lagi. I is tak sabar ok. Tapi dalam masa yang sama rasa takuuuuttttttt jugak. Tah cemana la rasa sakit bersalin nanti kan.

Ok cerita checkup 31 minggu ni, everything is ok. Checkup tadi nurse kata takyah amek HB sebab yang lepas punya dah cantik. Berat pun dah naik ke 50kg. Yay, happy!! Tapi kena marah ngan nurse sebab lupa nak catit pergerakan baby. Hihihi. Lupa la nurse. Lagipun baby gerak tak kira masa. Kadang-kadang tak perasan dia gerak. Tapi baby sangat la aktif. So aku pun consider baby ok je la. Janji dia ade gerak dari pagi sampai ke malam. Tapi sebenarnya penting jugak untuk catit pergarakan baby ni. Supaya kita alert dia ok ke tak. Kalau baby kurang gerak, nurse suruh cepat-cepat gi hospital. Ok nurse, lepas ni janji saya catit pergerakan baby ok. Lagi satu, nurse takde mention pun pasal kena minum air gula. Harap-harap la aku tak kena minum. Tengok org post entry pasal air gula, aku lak rasa nak muntah. Macam dah terasa-rasa kat tekak ni, dia punya pekat rasa gula tu. Euwwwww!

So next checkup lagi 2 minggu. Now aku rasa dah tiba masa aku lengkapkan segala keperluan baby. Memandangkan esok cuti, ingat nak gi beli apa yang tak cukup lagi. Then hujung minggu ni nak basuh baju baby and packing barang nak ke hopsital. Mana la tau baby nak kuar awal kan. Takde la aku kelam kabut. Orang lain makin nak dekat bersalin, makin rancak buat persiapan. Aku pulak, makin dekat makin malas jadinya. Nak buat apa pun malas. Nasib la barang baby banyak dah beli. Kalau aku tunggu cakap org, 7/8 bulan pregnant baru nak beli, haruslah kelam kabut dibuatnya. Dah la sekarang ni jalan sket, rasa penat. Kadang-kadang banyak jalan pun, buat perut sakit. Aku lagi selesa terbongkang je kat rumah. Hihihi. Tapi minggu ni kena gagahkan jugak setelkan apa yang patut.

Bilik untuk aku berpantang pun dah siap kemas. Tinggal nak beli katil je. Gigih ok hari isnin lepas aku laki bini mengemas bilik tu. Bila dah siap-siap kemas, tetiba aku rasa cam sempit pulak nak masukkan katil size queen. So ingat nak beli katil single sebab aku pun dah beli baby cot. So baby boleh letak dalam baby cot. Cumanya, katil single kat ikea tu takde stok pulak. Uwaaaaaa. Stresss mak dibuatnya. Takpelah, hal katil tu kemudian kira. Kalau dah takde sangat, tak payah katil-katil pun takpe. Bentang tilam sudah. Bukan nak duduk lama pun kat bawah tu. Gambar bilik nanti aku share bila dah siap sepenuhnya. Sekarang ni share gambar mak buyung je. 


31 weeks ^_^

Wednesday, April 23, 2014

Set Berpantang & Bilik Berpantang.

Amboi kemain aku sampai nak bilik berpantang. Orang sume sibuk fikir pasal bilik baby, aku pulak nak bilik berpantang. Ala baby takyah nak bilik sangat. Setahun pertama tido dengan kitaorang je. Lepas setahun baru fikir nak deco bilik baby. Hehehe. Actually aku mula-mula tak terfikir pun pasal bilik berpantang. Tapi hari tu bila aku rasa penat nak naik tangga gi ke bilik, baru lah aku terfikir pasal bilik berpantang ni. Ye la, rumah aku kan dua tingkat. Takkan la masa berpantang tu aku nak turun naik tangga kan. Banyak tu anak tangga. Ada 18. Penat tau. Sedangkan bawak perut yang baru 7 bulan ni pun aku rasa cam mengah. Ni kan pulak masa pantang tu. Dengan nak bawak baby lagi. Ish, mau bentan kang. Pastu nanti kot la malam-malam baby bangun nak susu ke apa ke, memang letih la nak turun naik amek air panas. Takkan aku nak bawak semua benda naik atas kan. Lagipun aku nanti berpantang kat rumah sendiri je. Seminggu pertama tu boleh la laki aku tolong-tolong. Kalau dia dah kerja nanti, mati aku nak handle sorang-sorang turun naik atas. Aku pulak berpantang time bulan puasa. Peh, memang mencabar. Nak duduk rumah mak aku kang, penuh pulak rumah tu. Lagipun bulan puasa tu mak aku mesti sibuk menjahit baju tuk raya. So elok la aku berpantang kat rumah sendiri je. Insyaallah aku boleh handle. Cuma sekarang ni misi nak mengemas bilik untuk berpantang.

Bilik kat rumah aku ni memang banyak. Ada 4 bilik. Tapi satu je yang guna. Bilik bawah tu daripada kosong takde pape, sampai dah penuh dengan barang yang tah pape. Aku setiap kali tak tau nak taruk mana barang-barang, aku sumbat je dalam bilik bawah tu. Ade tu, barang dari dalam stor aku bawak keluar, pastu malas nak simpan dalam stor, aku sumbat je dalam bilik tu. Now, bilik tu dah jadi macam stor pulak. 




Tengok la tu, memacam harta karun dalam bilik tu. Perangai aku memang suka buat kerja separuh jalan. Pastu dah malas, aku bio je bersepah. Laki aku la tukang kemas. Dia pulak kalau mengemas, tak tau nak letak mana, memang bilik ni la jadi mangsa.

Bilik ni takde la besar mana. Tapi setakat nak letak katil queen, almari dengan rak ikea tu aku rasa muat je. Actually dalam fikiran aku ni dah ada bayangan dah macam mana aku nak decorate bilik ni nanti. Sekarang ni cuma kena beli katil dan tilam je untuk letak kat bilik bawah ni. Sebenarnya dah lama dah aku merengek kat laki aku nak jadikan bilik bawah ni as bilik tetamu. Senang kalau orang datang. Tapi laki aku kata takde keperluan pun. Kalau tetamu datang, bentang tilam je. Takyah nak beli katil-katil bagai. Bukan selalu pun orang datang. Laki aku sebenarnya tension sebab aku asik le nak beli katil. Kalau boleh semua bilik nak lengkap. Padahal duduk berdua je. Hahaha. Tau le la sindrom bini-bini ni. Kalau boleh rumah tu nak complete gitu. Tapi now aku dah ada alasan nak beli katil satu lagi. Aku dah aim dah satu katil kat ikea. Yang paling murah sekali kat ikea. Katil yang ni



Murah je RM199. Jadi la. Harap-harap ade la lagi katil ni kat Ikea. Jangan time aku nak beli sold out sudah. Tapi masalah skrg ni, nak beli tilam kemain mahal. Harga tilam aku survey sume 500 ke atas. Aku kalau boleh nak cari tilam rega 100 je. Hahaha, ade ke? Cheapskate betul aku ni. Ye la sekarang bukan masa tuk membazir. Selagi ada yg murah, aku akan cari yg murah dulu. Kena tgk dulu camne. Laki aku kata susah sangat bawak je set bilik tido kat bilik satu lagi yang kat atas tu ke bawah. Actually aku ada je satu set katil kat bilik satu lagi kat atas tu. Tapi aku malas nak kecah-kecah bilik atas yang aku dah kemas tu. Bilik tu cam bilik tetamu la kiranya. Amboi bape banyak bilik tetamu aku nak buat ni? Macam banyak sangat tetamu yg datang hari-hari. Tapi tengok la camne. Kalau nak jimat, elok la dengo cakap laki kan. Takpun beli katil je, tilam pinjam bilik atas punya. Hahaha. Nak jugak katil ni sebenarnya. Takpelah, kita tengok dulu cane. Nanti bilik dah siap aku share kat sini.


Now nak cerita pasal set berpantang pulak. Aku sebenarnya still blur bila fikir pasal set berpantang ni. Takde knowledge pun pasal ni. Lagipun aku tak survey sangat. Tengok sume rega cam mahal je. Lagipun tah ye ye aku guna set pantang tu sume nanti. Setakat ni aku cume survey set berpantang Air Mancur dengan Shaklee. Yang set pantang Air Mancur tu aku tengok adik aku beli. Murah pun murah. RM60 je. Aku tak kisah makan jamu-jamu ni lagipun aku memang suka bau-bau jamu n herba. Barulah rasa macam berpantang gitu.


Pinjam gambo adik aku. Aku tak beli pun lagi set berpantang ni.

Aku tengok dalam set berpantang ni macam-macam ada. Kira cam lengkap la. So takyah nak pening-pening beli asing-asing. Lagipun aku memang suka benda-benda tradisional ni.

Jamu 1 (Makan hari ke 4 hingga ke 8)
Jamu 2 (Makan hari ke 9 hingga ke 28)
Jamu 3 (Makan hari ke 29 hingga ke 38)
Param Mancur & Param Beras Kencur
Tapel
Pilis
Bedak Inti Sari
Minyak Telon Bebiku

Tapi orang cakap kalau makan jamu nanti badan panas. Effect kalau BF baby. Tengok la camne. Agak tak serasi pil jamu tu, aku makan Shaklee je. Aku pilih set Shaklee jugak sebab banyak yang aku dah ada masa aku beli set shaklee kesuburan dulu. Aku tengok Set Pantang dengan Set Kesuburan labih kurang sama je. 


Ni set berpantang Shaklee. Vita Lea, B Complex dengan Zinc tu aku dah ada. Banyak lagi tak makan pun. So tggal nak beli ESP, Ostematrix dengan Vita C je. Tengok la, minggu depan baru nak settle beli set berpantang ni. So Agen Shaklee boleh offer aku beli set pantang ni. Hihihi.

Ok tu je cerita kali ni. Untuk keperluan lain semasa pantang macam kain batik, bengkung stokin tu sume dah ada. So takyah bazir-bazir nak beli baru.