Friday, October 18, 2013

Sangsi

Sebenarnya aku ni masih sangsi yang aku ni pregnant ke tak. Sebabnya simptom-simptom pregnant tu macam tak ketara sangat pada aku. Semalam agaknya stress memikirkan pasal benda ni, aku jadi marah. Masa drive balik kerja semalam, tetiba aku mencarut. Ish, cepat-cepat istighfar sebab tak nak baby ikut perangai buruk aku nanti hihihi.

Sampai rumah, tetiba laki aku, supriseeee!!!! Aku lom sempat lagi kuar kereta, dia dah terjojol depan pintu dengan kepala botak. OMG!!!! Aku tetiba jadi marah balik. Ok actually aku jadi marah sebab aku takut sebenarnya. Laki aku pernah cakap kalau aku pregnant dia nak botakkan kepala. Sekali dia betul-betul buat. Masalahnya aku sendiri pun tak pasti lagi. Memang la dah dapat 5 upt yang positif. Tapi......entahlah. Aku nak marah...dalam masa yang sama nak nangis sebenarnya. Huwaaaaaaaaaaaaa. 

Malam tu disebabkan perasaan terganggu aku tu, aku post dalam group TTC Facebook tanyakan keadaan aku. Ikutkan aku malas sebenarnya nak heboh-heboh dulu tapi entahlah. Makin kerap menganggu fikiran aku. Tah hape-hape tah. Kadang rasa tak bersyukur pulak bila ade perasaan macam ni. Patutnya bila Allah dah bagi tu, kena lah bersyukur dan bersangka baik dengan Allah. Tapi aku, tak habis-habis nak fikir negatif. Rasa marah dengan diri sendiri pun ade. 

Hari ni aku ingat nak beli lagi pregnancy test tu. Kali ni nak beli yang digital punya then nak try lagi esoknya.

Oh ya satu lagi nak cerita, semalam kan aku cakap ngan laki aku nak makan nasi lemak hentian serdang. Pastu dia cakap nanti i belikan balik kerja esok. Mestilah aku nak makan pagi ni. Bukan petang. Actually takde la teringin sangat, cuma aku dah bosan makan makanan yang sama kat office tu. So mengada la nak makan nasi lemak pulak. Tetiba laki aku cakap, ok esok i belikan pagi-pagi. OMG, tetiba aku terharu. Sebelum ni mesti dia akan cakap, tunggu petang la. Atau bagi alasan jauh nak gi beli. Tapi kali ni terus ok. Wow! Macam tak percaya hokey. Hihihi. And pagi tadi kul 6 pagi dia dah start motor gi belikan aku nasi lemak. Rasa bersalah pun ade. Tapi rasa best pun ade jugak. Hehehe. Thanks yang.

No comments:

Post a Comment