Wednesday, October 16, 2013

Expecting.

Actually, masa aku tulis entry ni pregnancy aku belum confirm lagi. Two lines dah appear tapi aku tak tau nak cakap confirm ke tak sebab aku dapat very-very faint line.


Ok ni kronologi yang aku ringkaskan start dari hari aku delay period.

8 Oktober 2013. Selasa (CD32) 
Hari sepatutnya aku period. Tapi period tak datang. Aku ignore sebab maybe period aku macam bulan lepas. Lewat sampai CD34. Hari ni baru CD32. Eh tapi sebenarnya aku buat jugak UPT. Hihihi. hasilnya mestilah negatif.


9 Oktober 2013 Rabu (CD33)
Period tak datang jugak. Petang tu aku siap buat burpess workout lagi. Konon nak fitkan badan dan kempiskan perut. Apa burpess tu silalah google atau boleh tengok kat youtube. Masa ni dah rasa-rasa sakit perut cam nak period. Aku anggap period aku nak datang la tu. So aku pun buat la senaman lasak-lasak sket dengan harapan period turun cepat sikit. Malam tu, kitaorang gi celebrate anniversary kitaoang yang ketiga.


10 Oktober 2013. Khamis (CD34)
Period aku still takde jugak. Masa ni aku dah rasa pelik dah. Tengahari tu terus pegi farmasi beli pregnancy test. Aku beli yang digital terus. Tengahari tu jugak aku test. Hasilnya : Not Pregnant. Ok terus aku moody. Rasa down jugak la sebab pakai pregnancy test yang mahal pun negatif. Masa ni aku mmg dah rasa yang aku tak pregnant. Masa ni aku dok fikir, tah-tah ada penyakit lain yang menyebabkan aku tak period-period lagi.


11 Oktober 2013 Jumaat (CD35)
Period masih tak datang. Tapi aku tak buat apa-apa pun. Sebab perasaan kuciwa semalam masih menghantui diri. Memang macam-macam perkara yang dok fikirkan. Takut sangat kalau tak period bulan ni. Sebab period aku tak pernah tak datang. Start aku datang period masa umur aku 12 tahun, period aku tiap-tipa bulan mesti ada. Lambat atau cepat. Tapi kali ni, dah lambat sangat-sangat. Eh ke normal? Perasaan aku je kot?


12 Oktober 2013 Sabtu (CD36).
Sama jugak, period tak kunjung jelma. Tapi sakit perut macam nak period dah rasa sangat-sangat. Tapi aku tak buat pun UPT. Buat bodoh je walaupun dalam hati tuhan je tau. Dalam fikiran aku macam-macam persoalan muncul.


13 Oktober 2013 Ahad (CD37) 
Bangun tido lambat kul 11. Rasa macam dah period, tapi bila check takde. So suruh laki aku belikan pregnancy test, terus test tengahari tu jugak. Hasilnya negatif. Huwaaaaaaaaaaaaaa. Aku dah tak tau nak fikir apa dah. Then kebetulan dalam group whatsapp, pakcik aku hantar reminder pasal puasa on Arafat day. Ok, aku agak jahil bab puasa-puasa sunat ni. Tak tau pun disunatkan untuk puasa pada hari Arafat tu. Kebetulan hari Arafat tu jatuh pada esok hari. Petang aku cam terfikir untuk puasa. So aku cakap kat laki aku. "Jom kita puasa esok. Then kita niat, kalau betul i pregnant, kita doa supaya Allah tunjukkan petanda yang i pregnant. Kalau i tak pregnant, biarlah period i datang cepat"

Ni whatsapp image yang pakcik aku send.


14 Oktober 2013 Isnin (CD38) 
Kitaorang puasa hari tu. Walaupun sebenarnya bangun pagi masa solat subuh tu aku dah terminum seteguk air. Memang dah jadi habit aku, bangun tido terus minum air. Nak lancarkan pembuangan katanya. Lepas solat subuh baru teringat yang aku puasa hari tu. Cisss. Tapi aku teruskan jugak puasa aku. Petang tu kitaorang balik Selayang nak sambut Aidiladha kat rumah mak mertua aku. Kebetulan lagi makcik aku pulak hantar whatsapp pasal waktu makbul berdoa masa wukuf. So petang tu lepas solat asar, aku pun doa la bersungguh-sungguh mengharapkan ada janin dalam rahim aku ni. Period aku masa ni still takde dan masa tu hati macam berbunga sikit. 

15 Oktober 2013 Selasa (CD39)
Bangun pagi kul 6, terus bergegas pegi bilik air nak buat UPT. Seram sejuk hokey masa aku nak test tu. Perasaan tak tau nak cakap. Tapi aku test jugak la. Tunggu seminit, naik satu line je. Masa ni dah frust dah. Terus amek sembahyang, lepas sembahyang sambung tido. UPT tu aku simpan dalam beg. Kul 9 bangun balik then laki aku tanya ade buat test ke pagi tadi. Aku cakap, ada..tapi negatif. Laki aku tak puas hati, nak tengok upt tu. Aku pun amek la...sekali eh......... ada dua line la. Tapi line satu lagi tu halus je, pastu samar-samar. Terkejut la kitaorang. Aku pulak tak tau nak bagi reaksi apa. U know being a ttcians ni, ko akan ada macam-macam info dan knowledge dalam kepala ko. Naik dua lina tak semestinya pregnant. Boleh jadi evap line, or maybe chemical pregnancy. Apa itu evap line and chemical pregnancy silalah google ok. 

Lagipun aku tak sure lama masa yang diambil utk naik line kedua tu sebab pagi tadi lepas sminit nampak satu line je, aku terus simpan. Then tak puas hati laki aku soh buat test sekali lagi. Nasib baik ade lebih lagi satu. Kul 9 tu pun aku buat la test. Ok, line kedua naik tapi samar-samar sangat. Laki aku macam dah konfiden. tapi aku? Entahlah... aku jadi takut sangat-sangat. Aku nak happy pun jadi serba salah tau tak. Serius, rasa tertekan pun ada. Then laki aku panggil kakak dia tunjuk kat test tu. Aku memula cam malas la nak tunjuk sebab kalau takde kang, wat malu je sebab excited lebih. Tapi laki aku kata takpe. Memang la excited sebab tak pernah dapat macam ni sepanjang 3 tahun ni. Ok tunjuk kat kakak dia, kakak dia kata insyaallah ada. Mungkin tak clear lagi sebab baru sangat. Hmm ok. Masa ni takde adegan lompat bintang atau nangis-nangis happy sebab kitaorang masih konpius sangat-sangat. Then petang tu kan, masa nak balik Putrajaya, aku tengok balik UPT tu. Makin jelas ok. Maybe sebab upt tu dah kering so line tu jadi lebih jelas.

Makin jelas sbb dah kering. Masa basah tadi tak bape jelas sangat.

Masa balik ni laki aku ada cerita. Dia kata abang ipar dia tanya semalam, aku pregnant ke. Masa ni kitaorang belum bagitau apa-apa pun. Laki aku cakap la tau tau lagi, kenapa? Then abang ipar aku cakap, sebab dia tengok aku cam pelik. Dia kata sebelum ni aku tak pernah rapat dengan anak-anak dia. Anak dia tu kira anak buah laki aku la. Memang aku jarang pun rapat dengan budak-budak tu. Tapi semalam (malam sebelum aku buat test ni) aku boleh pulak jadi rapat dengan anak-anak dia. Siap boleh borak-borak. Tolong tengokkkan kerja sekolah dia. Lepas tu malam siap makin kad lagi ramai-ramai. Hihihi

Lagi satu kan, mak mertua aku pun ada cakap nampak pelik kat kitaorang. Maybe sebab laki aku mengidam nak makan macam-macam. Boleh tak hari raya tu dia nak makan ketam masak lemak. Beria-ria nak makan. Nasib baik ade jual ketam kat pasar. So pagi raya tu laki aku makan lauk ketam. Boleh? Hahaha. Tapi still aku macam tak konfiden lagi sebenarnya. Tak berapa nak yakin walaupun laki aku nampak lebih yakin. Sampai Putrajaya singgah guardian presint 8 beli pregnancy test untuk test esoknya.


16 Oktober 2013 Rabu (CD40)
Buat lagi sekali UPT. Aku buat dua kali sebab upt yang pertama macam tak berapa nampak. Nampak cam ade, tapi garisan T tu macam ketepi sikit. Nampak samar sangat. Yang satu lagi nampak line kedua tu tapi macam biasa, very faint line.

Nampak tak line? Ke tak nampak?

Dalam gambar macam tak berapa jelas, tapi kalau tengok depan-depan nampak samar line tu. Tapi still aku tak puas hati sebab faint sangat line nya. Laki aku cam biasalah, dia memang positif. Aku tanya kenapa dia macam konfiden sangat. Sebab dia kata sepanjang kawen ni tak pernah sekali pun period aku delay lama, lepas tu tak pernah sekali pun upt ni naik line macam ni. Dia siap amek upt aku yang lama untuk bandingkan. Dia kata sebelum ni kalau takde, memang langsung tak nampak line kedua tu. Ni nampak samar-samar. Insyaallah ada. Tengahari tu kitaorang nekad pergi klinik. Tapi cam biasalah doktor kata awal lagi. Nak check pun nanti wat rugi duit je. Dia kata datang lagi seminggu. Hmm, takpelah. Aku rasa better aku tunggu la lagi seminggu ke camne. Kalau aku mampu nak tunggu. Hihihihi.

Hari ni pun dah bape orang aku tanya untuk sahkan aku nye upt tu. Tanya adik aku. Tanya bff aku Kak Linda. Tapi semua pun cam tak boleh nak bagi kepastian. Cuma diorang sume cakap kalau dah naik line even faint pun insyaallah positif. So aku rasa aku pun ke positifkan diri jugak. Haish, penantian satu penyeksaan. 

No comments:

Post a Comment