Tuesday, October 22, 2013

Debaran Semalam.

Ok ni kisah saspen yang terjadi semalam. Saspen dan agak menyedihkan jugak. Camni ceritanya ;

Semalam aku dengan Khalid borak-borak kat whatsapp. Kata sama-sama pregnant, ada la benda nak dibualkan. Then Khalid tanya aku dah berapa minggu. Aku cakap kalau ikut LMP aku, dah 6 weeks. Khalid cakap dah boleh pergi Klinik Kerajaan nanti kat diorang wat blood test semua. Aku dengar buat blood test, macam teruja la jugak kan. Sebab, entah lah.. Tak percaya lagi pregnant ke apa aku ni? Dan dan tu jugak aku pergi klinik kerajaan tu. Sekali sampai sana, aku cakap la nak confirmkan pregnant. Nurse yang jaga kaunter tu dengan nada sinis tanya aku, dah buat UPT kat rumah ke. Aku cakap la dah, then dia pandang aku. UPT awak positif ke? Aku iyekan je la. Pastu dia cam tak puas hati je kenapa aku nak wat test lagi kalau UPT dah positif. Eh suka hati aku la kan. 

Aku ingatkan ye ye la diorang akan wat UPT n blood test, sekali rupanya takde pun buat blood test tu. Wat UPT je. Dah la kena bayar 20 hengget. Nasib baik la klinik tak ramai orang dan proses pun kejap je. Tak sampai setengah jam, aku dah masuk bilik doctor. Doctor perempuan india.

Doctor : Dah bape hari lewat period?
Aku : Dekat 2 weeks
Doctor : Bila last period?
Aku : 8 September
Doctor : Oooo.. tapi result UPT u NEGATIF la. 

Doctor pun tunjuk la kat aku skrin komputer result upt aku tu. Memang keluar NEGATIF pun. Dia tak tunjuk pun pregnancy test ke apa. Aku tak tau prosedur check upt kat klinik kerajaan macam mana. Yang dapat kat doctor cuma report dari lab je. And result tu negatif.  Ok fine, masa ni aku dah tak tau nak bagi reaksi apa sebenarnya.

Aku : Tapi saya dah buat UPT kat rumah semua positif.
Doctor : Owh ye ke? Tapi result ni negatif. Ok takpe, kita scan dulu tengok ada ke tak.

Then dia pun scan la aku. Macam dijangka, scan memang tak nampak apa-apa pun. 

Doctor : Tak nampak la. U punya rahim pun normal macam orang tak pregnant. Garisan melintang dalam rahim ni memang show u not pregnant.

Ok aku tak tau garisan melintang pejadah. Aku macam sedih jugak la masa tu. Tapi kuatkan je la hati. Masa tu dah terfikir aku mungkin mengalami chemical pregnancy. Balik tu terus whatsapp Khalid, Anie & Family aku bagitau dr cakap aku tak pregnant. Huwaaaaaaaaaaa. Then call laki aku. Laki aku terus tergamam tak kata apa. Tapi dia macam tak percaya. Siap suruh aku beli pregnancy test lagi wat test sekali lagi. Terus kena marah ngan aku. Aku cakap ngan dia dah tak payah berharap lagi. Pastu aku terus balik rumah, tido. Jam pun dah kul 12.30, dah waktu lunch dah pun. Malas nak masuk office semula. Bos pun takde. 

Tak lama lepas tu laki aku pun balik jugak. Siap beli pregnancy test sampai 3 ok nak suruh aku test. Hahahaha. Pastu aku malas nak layan, aku tido je. Sekali tengok dia pun tido jugak. Cissss. Tak lama pastu aku terjaga sebab nak terkencing. Pastu aku terfikir, alang-alang dah nak terkencing ni baik aku test je la. So amek la pregnancy test buat sekali lagi test walaupun aku dah malas nak mengharap apa-apa. Aku siap kejut laki aku suruh dia yang tengok. Aku dah malas nak amek tau.

Sekali laki aku tunjuk kat aku. POSITIF ok. Naik 2 line yang lagi terang dari sebelum ni. Ok masa ni aku aku dah konpius takkan la chemical pregnancy. Sebab setahu aku kalau chemical pregnancy, bukan line makin hilang atau takde ke. Bukan makin pekat dan jelas. Masa ni aku dah terfikir nak inbox Jay Farhana kat FB sebab dia pernah beberapa kali dapat chemical pregnancy. Sekali lom sempat nak inbox, Jay dah inbox aku dulu. Hihihi. Ni mesti sebab status sedih yang aku update kat TTC Group tadi. 



Aku pun bitau la Jay yang aku baru je buat UPT dan positif. Jay cakap aku confirm pregnant sebab dia kata kalau chemical pregnancy, hari ni test positif, esok dah negatif pastu period. So aku punya ni makin positif dan aku tak period. Confirm bukan chemical pregnancy. Jay suggest aku pergi jumpa doctor lain dan buat vaginal scan atau blood test. Aku mula-mula malas dah rasa nak pergi sebab takut kecewa. Nasib baik la Jay bagi kata semangat. Pastu laki aku pun semangat jugak ajak aku pergi jumpa dr lain. Dia pun yakin gila aku pregnant. Sabo je  la. 

Lepas zuhur, kitaorang terus pergi Klinik Jamaeton kat Seri Kembangan. Aku pernah pergi klinik Jamaeton ni dulu masa TTC. Dr Jamaeton ni memang baik sangat. Cakap pun lembut je. 

Masuk ke bilik dr aku terus la cerita problem aku dari A-Z start dari aku dapat UPT positif sampai la tetiba negatif kat klinik kerajaan. Pastu positif balik. Laki aku siap bawak rupanya UPT yang aku buat tadi tunjuk kat dr. Dr cakap macam pelik jugak la sebab biasanya kalau dah positif memang pregnant la. Takkan la tetiba boleh jadi negatif positif. Tapi Dr Jamaeton tu cakap, takpelah kita test dulu pakai UPT klinik saya, kalau positif, saya akan anggap awak pregnant la. kalau negatif, tak pregnant. Kiranya 2 lawan 1 la tengok sape menang. Mula-mula aku cakap aku nak buat bloodtest. tapi dr cakap blood test nanti lambat dapat result. Dalam 2-3 hari. Dia suruh aku buat vaginal scan je Tapi sebelum dia tu dia scan dulu perut aku. Dia kata macam ada tapi tak nampak sangat sebab kecik. Pastu baru dia  buat vaginal scan  sebab vaginal scan boleh nampak jelas sikit. So dr pun buat la vaginal scan. Ok dia kata nampak. Tapi kecik sangat. Dia kata kalau ikut ukuran tu, kandungan aku baru 4 minggu 5 hari. Sebab tu la kecik dan kadang-kadang tak nampak kalau scan biasa. Tapi dia kata ada. Then dia mintak jugak buat UPT sebab kata dia kalau UPT pun positif then confirm u pregnant. Sekali wat UPT, memang positif! Alhamdulilah, lega aku. Dr mintak aku datang sekali lagi 8 November untuk scan lagi. Masa tu maybe kandungan dah besar sikit so boleh nampak jelas. Dr siap print lagi yang dia scan tu bagi aku simpan. Hehehe.

Sampai sekarang aku tak puas hati macam mana pergi klinik kerajaan boleh dapat result negatif. Nak kata air kencing aku dah cair and hcg aku kurang, takkan la lepas aku balik dari klinik kerajaan tu hcg aku naik balik? Macam tak logik sangat. Aku sampai sekarang tak boleh nak fikir macam mana boleh jadi camtu. Laki aku terus bengang tak kasi aku buat check up lagi kat klinik kerajaan. Hahahaha. Dia kata lepas ni kita pergi je klinik swasta. Memainkan perasaan orang je KK ni. Tapi aku tak salahkan doctor tu jugak. Maybe dia cakap pun berdasarkan report yang dia dapat tu. Sakit hati tu ade la jugak. Entah-entah air kencing aku tertukar atau orang kat lab tu buat kerja cincai atau diorang nye upt tu rosak. Tapi, entahlah. Malas nak fikir. So skrg aku anggap aku pregnant dan kena jaga kesihatan aku. Tak nak dah fikir benda bukan-bukan tu. 

1 comment:

  1. Terima kasih sebab sudi berkongsi.

    Sha baru tahu apa itu chemical pregnant. Sha baru buat UPT. Hasilnya positif. Tapi tak pasti. Risau juga kalau-kalau chemical pregnant je.

    Namun, simtom pregnant dah ada. Cuma suami tak nak percaya lagi.

    Tak apa lah, nanti Sha buat UPT lagi untuk kepastian.

    ReplyDelete