Saturday, October 19, 2013

Am I Being Too Paranoid?

Yes aku memang paranoid. Aku masih dalam mood tak percaya lagi yang aku ni pregnant even 5 upt aku sebelum ni positif. Sometimes aku terfikir entah-entah upt aku tu semua rosak, atau air kencing aku ada problem atau jangan-jangan semua upt tu pakat-pakat nak memainkan aku. Gila kan? Actually semalam, hati aku rasa cam tak best je. Balik tu cakap ngan laki aku, yang i rasa nak beli pregnancy test lagi la. Laki aku cakap suka hati la. So balik keje tu aku singgah lagi guardian presint 8 beli lagi dua pregnancy test. Satu tu beli brand dip n tell yang biasa. Satu lagi beli yang digital. Ni dah kali keempat aku beli pregnancy test kat guardian presint 8 tu. Huahahaahhaah. Agaknya kalau budak cashier tu perasan, mesti dia heran. Buat apa la beli banyak-banyak kan. Sorry la dik, akak ni baru fisrt time dapat double line on upt. Very first time dalam tempoh 3 tahun ni dik.. Sebab tu la jakun dan still ada rasa tak percaya.

Sampai je rumah, tak nyempat-nyempat dengan tak salin baju apa, terus gi bilik air. Aku guna UPT dip n tell tu je dulu untuk malam ni. Esok pagi baru nak guna yang digital tu. Hehehe, mengada kan. Tapi sebenarnya aku takut air kencing aku dah cair malam tu nanti tak dapat detect kandungan HCG. Kang kuar result not pregnant kang, mau aku meraung. Kiranya kalau guna upt murah ni, kalau result tetiba negatif, boleh la sejukkan hati sendiri cakap upt ni murah. Hahahah. Gila.

Dan hasilnya upt malam tu ;

Hati terus rasa lega bila tengok result.


Tapi pagi esoknya aku still buat lagi another upt. Guna upt digital yang beli sekali semalam. Ye la, minggu lepas aku test guna digital kuar not pregnant. So nak try sekali lagi. Kalau result positif baru la hati aku ni boleh tenang sikit. Tapi hati aku dah yakin dah sebab malam tadi guna upt murah nampak double line tu. Cuma saje nak tengok dia kuar pregnant tu. Cam best je. Hihihi.



Kejap je result pregnant kuar. Tak sampai seminit. Yang minggu lepas masa dapat result not pregnant tu, bukan main lama lagi nak tunggu. Kalau ikut upt ni, 2-3 tu means aku dah 4-5 weeks pregnant. Kalau ikut aku punya LMP pun dah 5 minggu lebih. Tapi selagi tak scan tak dapat nak pastikan dengan betul. Heee, tak sabarnya nak jumpa doctor minggu depan.



Haaaa, hambik kau sampai 10 UPT aku beli dalam tempoh seminggu ni. Dalam 10 ni, 7 dari bawah yang positif. Last two tu memang nampak jelas. Yang lain tu nampak samar-samar. Apapun, alhamdulilah dengan kurniaan ini. Genap tiga tahun menunggu, akhirnya Allah makbulkan doa kitaorang, alhamdulilah.

Sorry la kalau korang geli tengok gambar upt ni. Maklumlah aku tak pernah dapat upt positif sebelum ni. Jadi perasaan teruja tu lebih sikit. Ada orang cakap tak perlu la nak tunjuk-tunjuk sangat gambar result upt ni, sebab macam geli kan. Ye la, kita dok celup air kencing kat situ, pastu siap nak amek gambar bagai. Bagi orang yang senang dapat positif, takpe kot nak fikir macam tu. Orang yang susah sangat cam aku ni, memang teruja nak amek gambar bagai nak simpan buat kenangan. Mana lah tau ni la sekali je aku dapat line positif camni kan. Hehehehe.

Ok la, malam ni boleh tido dengan tenang. Doakan aku dengan kandungan aku selamat dan sihat.


2 comments:

  1. hai.nk tnye,

    Awak pakai UPT disclosure camne ok ke? saya pakai disclosure negatif. tapi pakai strip mcm dip n tell tu ade line plak.. musykil ni.. due period lagi dua hari..

    ni link saya.. pendapat pls. tq
    http://abgirlttc.blogspot.com/2014/09/upt-12-dpo-darker

    ReplyDelete
  2. Ingatkan UPT yang digital tu boleh guna banyak kali. Sekali jer ek.

    ReplyDelete