Thursday, December 12, 2013

Welcome ;)

Welcome to my new reader. Hehehe. Sorry kalau tak banyak update dr aku dalam blog ni. Sebenarnya banyakkkkkk sangat nak share, tapi aku mengalami alahan yang teruk, jadi mood nak berblogging tu terbantut begitu sahaja. Bayangkanlah minggu ni aku langsung tak pergi kerja. Padahal cuti aku memang dah habis. Bos aku cakap, tolak gaji je la nanti. Nak buat cemana. Aku pun memang tak larat. So baik dok rumah je la. Kang apa-apa jadi kat opis tu kang naya je.

Ramai yang nak tau macam mana aku boleh berjaya conceive. Hehe aku memang nak share pasal ni tapi nanti la eh tunggu aku dah sihat, aku share. Don't worry. Aku akan share semua apa yang aku buat before berjaya conceive ni. Tungguuuuuuuu!

Tuesday, October 22, 2013

Debaran Semalam.

Ok ni kisah saspen yang terjadi semalam. Saspen dan agak menyedihkan jugak. Camni ceritanya ;

Semalam aku dengan Khalid borak-borak kat whatsapp. Kata sama-sama pregnant, ada la benda nak dibualkan. Then Khalid tanya aku dah berapa minggu. Aku cakap kalau ikut LMP aku, dah 6 weeks. Khalid cakap dah boleh pergi Klinik Kerajaan nanti kat diorang wat blood test semua. Aku dengar buat blood test, macam teruja la jugak kan. Sebab, entah lah.. Tak percaya lagi pregnant ke apa aku ni? Dan dan tu jugak aku pergi klinik kerajaan tu. Sekali sampai sana, aku cakap la nak confirmkan pregnant. Nurse yang jaga kaunter tu dengan nada sinis tanya aku, dah buat UPT kat rumah ke. Aku cakap la dah, then dia pandang aku. UPT awak positif ke? Aku iyekan je la. Pastu dia cam tak puas hati je kenapa aku nak wat test lagi kalau UPT dah positif. Eh suka hati aku la kan. 

Aku ingatkan ye ye la diorang akan wat UPT n blood test, sekali rupanya takde pun buat blood test tu. Wat UPT je. Dah la kena bayar 20 hengget. Nasib baik la klinik tak ramai orang dan proses pun kejap je. Tak sampai setengah jam, aku dah masuk bilik doctor. Doctor perempuan india.

Doctor : Dah bape hari lewat period?
Aku : Dekat 2 weeks
Doctor : Bila last period?
Aku : 8 September
Doctor : Oooo.. tapi result UPT u NEGATIF la. 

Doctor pun tunjuk la kat aku skrin komputer result upt aku tu. Memang keluar NEGATIF pun. Dia tak tunjuk pun pregnancy test ke apa. Aku tak tau prosedur check upt kat klinik kerajaan macam mana. Yang dapat kat doctor cuma report dari lab je. And result tu negatif.  Ok fine, masa ni aku dah tak tau nak bagi reaksi apa sebenarnya.

Aku : Tapi saya dah buat UPT kat rumah semua positif.
Doctor : Owh ye ke? Tapi result ni negatif. Ok takpe, kita scan dulu tengok ada ke tak.

Then dia pun scan la aku. Macam dijangka, scan memang tak nampak apa-apa pun. 

Doctor : Tak nampak la. U punya rahim pun normal macam orang tak pregnant. Garisan melintang dalam rahim ni memang show u not pregnant.

Ok aku tak tau garisan melintang pejadah. Aku macam sedih jugak la masa tu. Tapi kuatkan je la hati. Masa tu dah terfikir aku mungkin mengalami chemical pregnancy. Balik tu terus whatsapp Khalid, Anie & Family aku bagitau dr cakap aku tak pregnant. Huwaaaaaaaaaaa. Then call laki aku. Laki aku terus tergamam tak kata apa. Tapi dia macam tak percaya. Siap suruh aku beli pregnancy test lagi wat test sekali lagi. Terus kena marah ngan aku. Aku cakap ngan dia dah tak payah berharap lagi. Pastu aku terus balik rumah, tido. Jam pun dah kul 12.30, dah waktu lunch dah pun. Malas nak masuk office semula. Bos pun takde. 

Tak lama lepas tu laki aku pun balik jugak. Siap beli pregnancy test sampai 3 ok nak suruh aku test. Hahahaha. Pastu aku malas nak layan, aku tido je. Sekali tengok dia pun tido jugak. Cissss. Tak lama pastu aku terjaga sebab nak terkencing. Pastu aku terfikir, alang-alang dah nak terkencing ni baik aku test je la. So amek la pregnancy test buat sekali lagi test walaupun aku dah malas nak mengharap apa-apa. Aku siap kejut laki aku suruh dia yang tengok. Aku dah malas nak amek tau.

Sekali laki aku tunjuk kat aku. POSITIF ok. Naik 2 line yang lagi terang dari sebelum ni. Ok masa ni aku aku dah konpius takkan la chemical pregnancy. Sebab setahu aku kalau chemical pregnancy, bukan line makin hilang atau takde ke. Bukan makin pekat dan jelas. Masa ni aku dah terfikir nak inbox Jay Farhana kat FB sebab dia pernah beberapa kali dapat chemical pregnancy. Sekali lom sempat nak inbox, Jay dah inbox aku dulu. Hihihi. Ni mesti sebab status sedih yang aku update kat TTC Group tadi. 



Aku pun bitau la Jay yang aku baru je buat UPT dan positif. Jay cakap aku confirm pregnant sebab dia kata kalau chemical pregnancy, hari ni test positif, esok dah negatif pastu period. So aku punya ni makin positif dan aku tak period. Confirm bukan chemical pregnancy. Jay suggest aku pergi jumpa doctor lain dan buat vaginal scan atau blood test. Aku mula-mula malas dah rasa nak pergi sebab takut kecewa. Nasib baik la Jay bagi kata semangat. Pastu laki aku pun semangat jugak ajak aku pergi jumpa dr lain. Dia pun yakin gila aku pregnant. Sabo je  la. 

Lepas zuhur, kitaorang terus pergi Klinik Jamaeton kat Seri Kembangan. Aku pernah pergi klinik Jamaeton ni dulu masa TTC. Dr Jamaeton ni memang baik sangat. Cakap pun lembut je. 

Masuk ke bilik dr aku terus la cerita problem aku dari A-Z start dari aku dapat UPT positif sampai la tetiba negatif kat klinik kerajaan. Pastu positif balik. Laki aku siap bawak rupanya UPT yang aku buat tadi tunjuk kat dr. Dr cakap macam pelik jugak la sebab biasanya kalau dah positif memang pregnant la. Takkan la tetiba boleh jadi negatif positif. Tapi Dr Jamaeton tu cakap, takpelah kita test dulu pakai UPT klinik saya, kalau positif, saya akan anggap awak pregnant la. kalau negatif, tak pregnant. Kiranya 2 lawan 1 la tengok sape menang. Mula-mula aku cakap aku nak buat bloodtest. tapi dr cakap blood test nanti lambat dapat result. Dalam 2-3 hari. Dia suruh aku buat vaginal scan je Tapi sebelum dia tu dia scan dulu perut aku. Dia kata macam ada tapi tak nampak sangat sebab kecik. Pastu baru dia  buat vaginal scan  sebab vaginal scan boleh nampak jelas sikit. So dr pun buat la vaginal scan. Ok dia kata nampak. Tapi kecik sangat. Dia kata kalau ikut ukuran tu, kandungan aku baru 4 minggu 5 hari. Sebab tu la kecik dan kadang-kadang tak nampak kalau scan biasa. Tapi dia kata ada. Then dia mintak jugak buat UPT sebab kata dia kalau UPT pun positif then confirm u pregnant. Sekali wat UPT, memang positif! Alhamdulilah, lega aku. Dr mintak aku datang sekali lagi 8 November untuk scan lagi. Masa tu maybe kandungan dah besar sikit so boleh nampak jelas. Dr siap print lagi yang dia scan tu bagi aku simpan. Hehehe.

Sampai sekarang aku tak puas hati macam mana pergi klinik kerajaan boleh dapat result negatif. Nak kata air kencing aku dah cair and hcg aku kurang, takkan la lepas aku balik dari klinik kerajaan tu hcg aku naik balik? Macam tak logik sangat. Aku sampai sekarang tak boleh nak fikir macam mana boleh jadi camtu. Laki aku terus bengang tak kasi aku buat check up lagi kat klinik kerajaan. Hahahaha. Dia kata lepas ni kita pergi je klinik swasta. Memainkan perasaan orang je KK ni. Tapi aku tak salahkan doctor tu jugak. Maybe dia cakap pun berdasarkan report yang dia dapat tu. Sakit hati tu ade la jugak. Entah-entah air kencing aku tertukar atau orang kat lab tu buat kerja cincai atau diorang nye upt tu rosak. Tapi, entahlah. Malas nak fikir. So skrg aku anggap aku pregnant dan kena jaga kesihatan aku. Tak nak dah fikir benda bukan-bukan tu. 

Saturday, October 19, 2013

Am I Being Too Paranoid?

Yes aku memang paranoid. Aku masih dalam mood tak percaya lagi yang aku ni pregnant even 5 upt aku sebelum ni positif. Sometimes aku terfikir entah-entah upt aku tu semua rosak, atau air kencing aku ada problem atau jangan-jangan semua upt tu pakat-pakat nak memainkan aku. Gila kan? Actually semalam, hati aku rasa cam tak best je. Balik tu cakap ngan laki aku, yang i rasa nak beli pregnancy test lagi la. Laki aku cakap suka hati la. So balik keje tu aku singgah lagi guardian presint 8 beli lagi dua pregnancy test. Satu tu beli brand dip n tell yang biasa. Satu lagi beli yang digital. Ni dah kali keempat aku beli pregnancy test kat guardian presint 8 tu. Huahahaahhaah. Agaknya kalau budak cashier tu perasan, mesti dia heran. Buat apa la beli banyak-banyak kan. Sorry la dik, akak ni baru fisrt time dapat double line on upt. Very first time dalam tempoh 3 tahun ni dik.. Sebab tu la jakun dan still ada rasa tak percaya.

Sampai je rumah, tak nyempat-nyempat dengan tak salin baju apa, terus gi bilik air. Aku guna UPT dip n tell tu je dulu untuk malam ni. Esok pagi baru nak guna yang digital tu. Hehehe, mengada kan. Tapi sebenarnya aku takut air kencing aku dah cair malam tu nanti tak dapat detect kandungan HCG. Kang kuar result not pregnant kang, mau aku meraung. Kiranya kalau guna upt murah ni, kalau result tetiba negatif, boleh la sejukkan hati sendiri cakap upt ni murah. Hahahah. Gila.

Dan hasilnya upt malam tu ;

Hati terus rasa lega bila tengok result.


Tapi pagi esoknya aku still buat lagi another upt. Guna upt digital yang beli sekali semalam. Ye la, minggu lepas aku test guna digital kuar not pregnant. So nak try sekali lagi. Kalau result positif baru la hati aku ni boleh tenang sikit. Tapi hati aku dah yakin dah sebab malam tadi guna upt murah nampak double line tu. Cuma saje nak tengok dia kuar pregnant tu. Cam best je. Hihihi.



Kejap je result pregnant kuar. Tak sampai seminit. Yang minggu lepas masa dapat result not pregnant tu, bukan main lama lagi nak tunggu. Kalau ikut upt ni, 2-3 tu means aku dah 4-5 weeks pregnant. Kalau ikut aku punya LMP pun dah 5 minggu lebih. Tapi selagi tak scan tak dapat nak pastikan dengan betul. Heee, tak sabarnya nak jumpa doctor minggu depan.



Haaaa, hambik kau sampai 10 UPT aku beli dalam tempoh seminggu ni. Dalam 10 ni, 7 dari bawah yang positif. Last two tu memang nampak jelas. Yang lain tu nampak samar-samar. Apapun, alhamdulilah dengan kurniaan ini. Genap tiga tahun menunggu, akhirnya Allah makbulkan doa kitaorang, alhamdulilah.

Sorry la kalau korang geli tengok gambar upt ni. Maklumlah aku tak pernah dapat upt positif sebelum ni. Jadi perasaan teruja tu lebih sikit. Ada orang cakap tak perlu la nak tunjuk-tunjuk sangat gambar result upt ni, sebab macam geli kan. Ye la, kita dok celup air kencing kat situ, pastu siap nak amek gambar bagai. Bagi orang yang senang dapat positif, takpe kot nak fikir macam tu. Orang yang susah sangat cam aku ni, memang teruja nak amek gambar bagai nak simpan buat kenangan. Mana lah tau ni la sekali je aku dapat line positif camni kan. Hehehehe.

Ok la, malam ni boleh tido dengan tenang. Doakan aku dengan kandungan aku selamat dan sihat.


Friday, October 18, 2013

Sangsi

Sebenarnya aku ni masih sangsi yang aku ni pregnant ke tak. Sebabnya simptom-simptom pregnant tu macam tak ketara sangat pada aku. Semalam agaknya stress memikirkan pasal benda ni, aku jadi marah. Masa drive balik kerja semalam, tetiba aku mencarut. Ish, cepat-cepat istighfar sebab tak nak baby ikut perangai buruk aku nanti hihihi.

Sampai rumah, tetiba laki aku, supriseeee!!!! Aku lom sempat lagi kuar kereta, dia dah terjojol depan pintu dengan kepala botak. OMG!!!! Aku tetiba jadi marah balik. Ok actually aku jadi marah sebab aku takut sebenarnya. Laki aku pernah cakap kalau aku pregnant dia nak botakkan kepala. Sekali dia betul-betul buat. Masalahnya aku sendiri pun tak pasti lagi. Memang la dah dapat 5 upt yang positif. Tapi......entahlah. Aku nak marah...dalam masa yang sama nak nangis sebenarnya. Huwaaaaaaaaaaaaa. 

Malam tu disebabkan perasaan terganggu aku tu, aku post dalam group TTC Facebook tanyakan keadaan aku. Ikutkan aku malas sebenarnya nak heboh-heboh dulu tapi entahlah. Makin kerap menganggu fikiran aku. Tah hape-hape tah. Kadang rasa tak bersyukur pulak bila ade perasaan macam ni. Patutnya bila Allah dah bagi tu, kena lah bersyukur dan bersangka baik dengan Allah. Tapi aku, tak habis-habis nak fikir negatif. Rasa marah dengan diri sendiri pun ade. 

Hari ni aku ingat nak beli lagi pregnancy test tu. Kali ni nak beli yang digital punya then nak try lagi esoknya.

Oh ya satu lagi nak cerita, semalam kan aku cakap ngan laki aku nak makan nasi lemak hentian serdang. Pastu dia cakap nanti i belikan balik kerja esok. Mestilah aku nak makan pagi ni. Bukan petang. Actually takde la teringin sangat, cuma aku dah bosan makan makanan yang sama kat office tu. So mengada la nak makan nasi lemak pulak. Tetiba laki aku cakap, ok esok i belikan pagi-pagi. OMG, tetiba aku terharu. Sebelum ni mesti dia akan cakap, tunggu petang la. Atau bagi alasan jauh nak gi beli. Tapi kali ni terus ok. Wow! Macam tak percaya hokey. Hihihi. And pagi tadi kul 6 pagi dia dah start motor gi belikan aku nasi lemak. Rasa bersalah pun ade. Tapi rasa best pun ade jugak. Hehehe. Thanks yang.

Thursday, October 17, 2013

Another UPT

Ikutkan laki aku dah tak bagi buat upt. Dia soh tunggu minggu depan jumpa doctor terus. Tapi pagi tadi bangun aku ternampak upt lebih semalam, rasa tergedik-gedik nak buat sekali lagi. Dah hasilnya 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Alhamdulilah, lagi terang dari semalam punya. Terus whatsapp kat family aku. Adik aku cakap insyaallah confirm ada sebab dia punya pun dulu macam ni jugak. Faint line. 

Alhamdulilah, syukur sangat. Baru la hari ni aku rasa cam tenang sikit. Nak rasa happy sangat tu takde la. Bukan tak happy. Memang aku happy tapi tak nak la terlalu sangat. Yang penting sekarang aku kena jaga makan aku. Nak makan apa pun jadi takut. Ye la, aku tak pernah pregnant, jadi tak tau condition badan aku macam mana. Kalau boleh biarlah kandungan yang pertama ni selamat dan sihat sampai aku bersalin nanti. Insyaallah.

Baby dust untuk tticans yang baca blog ni. Insyallah rezeki korang akan menyusul.

Wednesday, October 16, 2013

Expecting.

Actually, masa aku tulis entry ni pregnancy aku belum confirm lagi. Two lines dah appear tapi aku tak tau nak cakap confirm ke tak sebab aku dapat very-very faint line.


Ok ni kronologi yang aku ringkaskan start dari hari aku delay period.

8 Oktober 2013. Selasa (CD32) 
Hari sepatutnya aku period. Tapi period tak datang. Aku ignore sebab maybe period aku macam bulan lepas. Lewat sampai CD34. Hari ni baru CD32. Eh tapi sebenarnya aku buat jugak UPT. Hihihi. hasilnya mestilah negatif.


9 Oktober 2013 Rabu (CD33)
Period tak datang jugak. Petang tu aku siap buat burpess workout lagi. Konon nak fitkan badan dan kempiskan perut. Apa burpess tu silalah google atau boleh tengok kat youtube. Masa ni dah rasa-rasa sakit perut cam nak period. Aku anggap period aku nak datang la tu. So aku pun buat la senaman lasak-lasak sket dengan harapan period turun cepat sikit. Malam tu, kitaorang gi celebrate anniversary kitaoang yang ketiga.


10 Oktober 2013. Khamis (CD34)
Period aku still takde jugak. Masa ni aku dah rasa pelik dah. Tengahari tu terus pegi farmasi beli pregnancy test. Aku beli yang digital terus. Tengahari tu jugak aku test. Hasilnya : Not Pregnant. Ok terus aku moody. Rasa down jugak la sebab pakai pregnancy test yang mahal pun negatif. Masa ni aku mmg dah rasa yang aku tak pregnant. Masa ni aku dok fikir, tah-tah ada penyakit lain yang menyebabkan aku tak period-period lagi.


11 Oktober 2013 Jumaat (CD35)
Period masih tak datang. Tapi aku tak buat apa-apa pun. Sebab perasaan kuciwa semalam masih menghantui diri. Memang macam-macam perkara yang dok fikirkan. Takut sangat kalau tak period bulan ni. Sebab period aku tak pernah tak datang. Start aku datang period masa umur aku 12 tahun, period aku tiap-tipa bulan mesti ada. Lambat atau cepat. Tapi kali ni, dah lambat sangat-sangat. Eh ke normal? Perasaan aku je kot?


12 Oktober 2013 Sabtu (CD36).
Sama jugak, period tak kunjung jelma. Tapi sakit perut macam nak period dah rasa sangat-sangat. Tapi aku tak buat pun UPT. Buat bodoh je walaupun dalam hati tuhan je tau. Dalam fikiran aku macam-macam persoalan muncul.


13 Oktober 2013 Ahad (CD37) 
Bangun tido lambat kul 11. Rasa macam dah period, tapi bila check takde. So suruh laki aku belikan pregnancy test, terus test tengahari tu jugak. Hasilnya negatif. Huwaaaaaaaaaaaaaa. Aku dah tak tau nak fikir apa dah. Then kebetulan dalam group whatsapp, pakcik aku hantar reminder pasal puasa on Arafat day. Ok, aku agak jahil bab puasa-puasa sunat ni. Tak tau pun disunatkan untuk puasa pada hari Arafat tu. Kebetulan hari Arafat tu jatuh pada esok hari. Petang aku cam terfikir untuk puasa. So aku cakap kat laki aku. "Jom kita puasa esok. Then kita niat, kalau betul i pregnant, kita doa supaya Allah tunjukkan petanda yang i pregnant. Kalau i tak pregnant, biarlah period i datang cepat"

Ni whatsapp image yang pakcik aku send.


14 Oktober 2013 Isnin (CD38) 
Kitaorang puasa hari tu. Walaupun sebenarnya bangun pagi masa solat subuh tu aku dah terminum seteguk air. Memang dah jadi habit aku, bangun tido terus minum air. Nak lancarkan pembuangan katanya. Lepas solat subuh baru teringat yang aku puasa hari tu. Cisss. Tapi aku teruskan jugak puasa aku. Petang tu kitaorang balik Selayang nak sambut Aidiladha kat rumah mak mertua aku. Kebetulan lagi makcik aku pulak hantar whatsapp pasal waktu makbul berdoa masa wukuf. So petang tu lepas solat asar, aku pun doa la bersungguh-sungguh mengharapkan ada janin dalam rahim aku ni. Period aku masa ni still takde dan masa tu hati macam berbunga sikit. 

15 Oktober 2013 Selasa (CD39)
Bangun pagi kul 6, terus bergegas pegi bilik air nak buat UPT. Seram sejuk hokey masa aku nak test tu. Perasaan tak tau nak cakap. Tapi aku test jugak la. Tunggu seminit, naik satu line je. Masa ni dah frust dah. Terus amek sembahyang, lepas sembahyang sambung tido. UPT tu aku simpan dalam beg. Kul 9 bangun balik then laki aku tanya ade buat test ke pagi tadi. Aku cakap, ada..tapi negatif. Laki aku tak puas hati, nak tengok upt tu. Aku pun amek la...sekali eh......... ada dua line la. Tapi line satu lagi tu halus je, pastu samar-samar. Terkejut la kitaorang. Aku pulak tak tau nak bagi reaksi apa. U know being a ttcians ni, ko akan ada macam-macam info dan knowledge dalam kepala ko. Naik dua lina tak semestinya pregnant. Boleh jadi evap line, or maybe chemical pregnancy. Apa itu evap line and chemical pregnancy silalah google ok. 

Lagipun aku tak sure lama masa yang diambil utk naik line kedua tu sebab pagi tadi lepas sminit nampak satu line je, aku terus simpan. Then tak puas hati laki aku soh buat test sekali lagi. Nasib baik ade lebih lagi satu. Kul 9 tu pun aku buat la test. Ok, line kedua naik tapi samar-samar sangat. Laki aku macam dah konfiden. tapi aku? Entahlah... aku jadi takut sangat-sangat. Aku nak happy pun jadi serba salah tau tak. Serius, rasa tertekan pun ada. Then laki aku panggil kakak dia tunjuk kat test tu. Aku memula cam malas la nak tunjuk sebab kalau takde kang, wat malu je sebab excited lebih. Tapi laki aku kata takpe. Memang la excited sebab tak pernah dapat macam ni sepanjang 3 tahun ni. Ok tunjuk kat kakak dia, kakak dia kata insyaallah ada. Mungkin tak clear lagi sebab baru sangat. Hmm ok. Masa ni takde adegan lompat bintang atau nangis-nangis happy sebab kitaorang masih konpius sangat-sangat. Then petang tu kan, masa nak balik Putrajaya, aku tengok balik UPT tu. Makin jelas ok. Maybe sebab upt tu dah kering so line tu jadi lebih jelas.

Makin jelas sbb dah kering. Masa basah tadi tak bape jelas sangat.

Masa balik ni laki aku ada cerita. Dia kata abang ipar dia tanya semalam, aku pregnant ke. Masa ni kitaorang belum bagitau apa-apa pun. Laki aku cakap la tau tau lagi, kenapa? Then abang ipar aku cakap, sebab dia tengok aku cam pelik. Dia kata sebelum ni aku tak pernah rapat dengan anak-anak dia. Anak dia tu kira anak buah laki aku la. Memang aku jarang pun rapat dengan budak-budak tu. Tapi semalam (malam sebelum aku buat test ni) aku boleh pulak jadi rapat dengan anak-anak dia. Siap boleh borak-borak. Tolong tengokkkan kerja sekolah dia. Lepas tu malam siap makin kad lagi ramai-ramai. Hihihi

Lagi satu kan, mak mertua aku pun ada cakap nampak pelik kat kitaorang. Maybe sebab laki aku mengidam nak makan macam-macam. Boleh tak hari raya tu dia nak makan ketam masak lemak. Beria-ria nak makan. Nasib baik ade jual ketam kat pasar. So pagi raya tu laki aku makan lauk ketam. Boleh? Hahaha. Tapi still aku macam tak konfiden lagi sebenarnya. Tak berapa nak yakin walaupun laki aku nampak lebih yakin. Sampai Putrajaya singgah guardian presint 8 beli pregnancy test untuk test esoknya.


16 Oktober 2013 Rabu (CD40)
Buat lagi sekali UPT. Aku buat dua kali sebab upt yang pertama macam tak berapa nampak. Nampak cam ade, tapi garisan T tu macam ketepi sikit. Nampak samar sangat. Yang satu lagi nampak line kedua tu tapi macam biasa, very faint line.

Nampak tak line? Ke tak nampak?

Dalam gambar macam tak berapa jelas, tapi kalau tengok depan-depan nampak samar line tu. Tapi still aku tak puas hati sebab faint sangat line nya. Laki aku cam biasalah, dia memang positif. Aku tanya kenapa dia macam konfiden sangat. Sebab dia kata sepanjang kawen ni tak pernah sekali pun period aku delay lama, lepas tu tak pernah sekali pun upt ni naik line macam ni. Dia siap amek upt aku yang lama untuk bandingkan. Dia kata sebelum ni kalau takde, memang langsung tak nampak line kedua tu. Ni nampak samar-samar. Insyaallah ada. Tengahari tu kitaorang nekad pergi klinik. Tapi cam biasalah doktor kata awal lagi. Nak check pun nanti wat rugi duit je. Dia kata datang lagi seminggu. Hmm, takpelah. Aku rasa better aku tunggu la lagi seminggu ke camne. Kalau aku mampu nak tunggu. Hihihihi.

Hari ni pun dah bape orang aku tanya untuk sahkan aku nye upt tu. Tanya adik aku. Tanya bff aku Kak Linda. Tapi semua pun cam tak boleh nak bagi kepastian. Cuma diorang sume cakap kalau dah naik line even faint pun insyaallah positif. So aku rasa aku pun ke positifkan diri jugak. Haish, penantian satu penyeksaan. 

Monday, October 14, 2013

I Hate It When Its Late.

Period delay.

Only TTCians know how its feel when period delay. Lebih-lebih lagi orang yang period regular macam aku ni. Selalunya aku memang tak amek port kalau period delay sebab kadang-kadang memang period aku delay dalam 2-3 hari. Masa mula-mula dulu excited la nak beli Pregnancy Test kalau period delay. Masuk tahun kedua, terus malas nak beli. Malas nak membazir walaupun setiap bulan macam mengharap. Ala siapa yang tak mengharapkan kan. Semua pasangan yang dah berkawen, mestilah mengharap period delay & UPT positif. Lagi la macam aku ni yang dah 3 tahun kawen. Of course la perasaan mengharap tu ade. Cuma dah lali kalau UPT negatif.




This month period aku delay lagi. I know its too early to say i'm pregnant or nak buat UPT. Tapi kali ni aku rasa macam dah lewat sangat. Period aku tak pernah lewat sampai macam ni. Never. Dah tiga tahun kawen ni paling lama pun lewat dalam 4 hari. Lagi satu yang aku rasa pelik, aku dah rasa sengugut dan sakit perut macam nak period tu start hari kedua delay. Tapi sampai sekarang, period masih tak kunjung tiba.




Nampak tak tu. Hari ni dah 13 Oktober. Patutnya hari ni, period aku dah masuk last day dah pun. Sepatutnya aku period 8 Oktober hari tu. Tapi sampai hari ni takde. Memang tak pernah jadi macam ni. Kalau ikut kalendar tu hari ni aku dah delay 5 hari kalau ikut cycle period 31 hari. Period aku sekarang ni ting tong sket. Biasanya memang antara 28-30 hari je cycle aku. Tapi bulan lepas, CD aku sampai 34 hari. Bulan ni pulak dah lebih dari 34. Masuk hari ke 37.






Nampak tak cycle period aku. Start Ogos 2012 sampai  Ogos 2013. cantik je antara 29-32 hari. September 2013 je sampai CD34. And now Oktober 2013 dah CD37 hari ni. Actually aku dah buat pregnancy test on Thursday hari tu, masa aku CD34. Tapi hasilnya?? Nan hadooooo. Aku siap beli pregnancy test yang digital hokey.



Terang dan nyata dia tulis Not Pregnant. Aku pun tak tau samada terlalu awal atau memang aku belum pregnant. Hmmm entahlah. Tapi kalau tak pregnant kenapa period tak datang-datang sampai sekarang? Rasa down pun ade sebab tak pernah terjadi period aku tak datang. Selalu setiap bulan mesti ade. Seingat aku la, start aku datang period, memang tipa-tiap bulan ade. Ni kalau takde, tak tau la nak cakap. Aku cuma risau kalau-kalau datang penyakit lain je. Ye la, kalau tak period, macam mana nak pregnant kan? At least kalau period, boleh cuba next month. Kalau tak period langsung? Apa pun tak boleh tau. Rasa down tu memang ada. Masran soh aku fikir positif tapi u know la, as a ttcians memang macam-macam berlegar-legar dalam fikiran aku ni. Now aku sangat-sangat moody.